MARI MENGIKUT

Me and you :)

Showing posts with label Kisah Bakal Pengantin. Show all posts

gravatar

KBP : Kisah 20

SALAM..

WOW! ketika entry ini ditulis..saya hanya ada masa selama 3 hari sahaja sebelum menamatkan zaman bujang. sekarang ni mmg dah susah nk fokus kat tempat kerja. takut itu ini tak lengkap. well, biasalah tu kan?

sekarang, persediaan dah 90% siap. yang tinggal cuma benda kecik2 la. nk cari henna, nk kemas itu ini. itu takpe lagi. yang menjadi priority sekarang ialah kehidupan selepas kahwin. kami ni baru je dapat rumah. memang last minit sangat! tapi alhamdulillah, Allah dah atur elok je. memang rezeki kami dapat fully furnished house siap aircond, dengan tuan rumah yang sangat baik hati! baik hati tahap saya call ucap terima kasih byk kali. hehehe.

gambar persediaan, nnt2lah saya upload ya. itu pun kalau rajinlah. semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. semoga kami selamat dinikahkan. semoga kami sabar dan tabah mengharungi dugaan yang mendatang. semoga niat suci kami ini dilindungi dan berkekalan sehingga hujung nyawa.

ini mungkin KBP yang terakhir. atau kedua terakhir. terima kasih atas segala sokongan dan kritikan keluarga, rakan2 sekalian dan tentunya bakal suami saya, enche shimi. saya akan merindui saat2 membuat persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan. doakan kami ya :D

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 19

Pada hari entry ini dipublish, aku ada masa genap sebulan untuk buat persediaan majlis. wow, time flies! banyak lagi yang belum selesai sebenarnya. waktu2 macam ni, kami mula fokus kepada proses pembayaran. yang mana berstatus booking, kena bayar a month befor majlis kan. so caterer, dewan, pekej pengantin etc memang nk kena bayarlah. rabaklah poket bapak dan ma saye. kehkehkeh

untuk persediaan lain, memang honestly banyakkkkk sangat yang belum selesai. hantaran aku baru siapkan 3 dulang out of 11. 8 dulang lagi. adehhhh. nk hias2 tu yg makan masa. maklumlah, x terer kan..sobsob..tempah food untuk goodies pun belum. masih dalam fasa survey2 lagi. barang2 utk hias bilik pengantin, yang ada cadar and langsir sahaja. yang lain masih belum fikir lagi macam mana.

kt rumah pulak, ma n ayah dah panggil org repairkan toilet..pasang aircond kt hall, beli tikar etc..memang banyak nk kena kemas..rasa menyusahkan pulak. tapi nk buat macam mana, kalau buat majlis kt masjid pun, nk kena kemas rumah gak kan? hehe..

nk senaraikan kat sini memang x cukup ruang pulak nanti. pendek kata, persediaan tu memang banyak dan 'renyah'. itu ini nk kena fikir. nasib la ada family yang sgt sporting dan terlalu banyak menolong. Allah ajelah yg dapat balas semuanya. ;)

honestly, memang aku dah mula rasa berdebar. tak sabar nk selesaikan pun ada, takut pun ada, nervous lagi la ada! perasaan dah mula bercampur baur. rasa macam tanak tinggalkan bangi. rasa macam tanak kerja, nk dok rumah n spend time dgn family je..ish. susah lah nk describe. semoga Allah bg ketenangan utk kami semua melakukan persiapan dengan lancar..

ok, takat ni ajelah dulu. nanti aku update lagi yek..

p/s : minggu depan nk start pos kad kawen
p/s/s: lagi dua minggu akan ke penang utk pre-fitting baju utk majlis bertandang.
p/s/s/s: nervous lagi..haha

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 18

KBP is back! ade few friends yg dah tanye, ape progress? almaklumlah senyap sikit kan lately ni. sume ok. slow, but ongoing. so kali ni saye nk cite pasal benda yang x susah, tapi leceh nk sempurnakan dia. yaaaa, say hi to procedures!

macam biasa, bila nk buat permohonan nikah, kenalah isi borang kan. bagi saya, ini antara part yang saya rasa leceh nk buat. haha. tapi bila push kan diri, siaplah juga akhirnya. borang dah lama ada dalam laci tu, tapi nk siapkan tu. memang bercinta! apa pun, borang lelaki kena siapkan dulu, barulah saya proceed dengan borang saya. terima kasih sangat-sangat kepada individu yang membantu saya dan enche shimi melengkapkan borang2 tersebut :)

kepada yang masih dalam proses siapkan borang ni, call aje jabatan agama masing2 untuk mintak penjelasan tentang apa yang perlu dibuat. rujuk website jais pun boleh juga. semoga berjaya :)

pada masa ini, borang kami sudah selamat dihantar ke jais.


alhamdulillah. selesai satu perkara. semoga semua urusan dipermudahkanNya. sekarang tinggal lagi sebulan dan 3 minggu. dah tak lama tu. dah kena manfaatkan semua weekend yang ada. btw, kad jemputan dah pun siap. dah mula hantar pun. tapi masih dalam proses kumpul alamat lagi la..nanti kalau ada progress, saya update lagi ok. sekali lagi diingatkan, tiada niat bermegah dan sewaktu dengannya. hanya catatan saya, untuk kenangan dan rujukan di kemudian hari. have a nice day!

p/s: dah beli barang2 hias hantaran
p/s/s: dah secure tok kadi.
p/s/s/s: keluarga masih berbincang nk tambah itu ini utk catering etc.

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 17

Wah, dah kisah 17 ek. hehe more to come!! Ok, untuk hari ini, kami sekeluarga ke Jalan TAR. Sepatutnya aku dan enche shimi berjumpa pada hari ni, nk tempah kad jemputan, ambil baju nikah dsbgnya. tp dia x jadi datang..sobsob. so, saya dan keluarga proceedlah dengan plan kami. misi kali ini : Langsir!!

FYI, family aku ni bukan jenis semangat2 tukar langsir atau perabot baru setiap tahun. langsir sekarang ni dah nk dekat 6-8 tahun usianya. haha. berbalik kepada cerita asal, mak aku dah buat keputusan, apa pun yg terjadi, kami akan tetap beli di Nagoya. mak aku cakap, survey2 ni buang masa. dengan ketegasan seperti melunaskan azam tahun baru, kami pilih2 dan terus bayar! ok, selesaiiiiiii!

Besok, enche shimi akan dtg rumah. harus beli kfc dulu (sbb dia nk kan sgt transformers punya laptop cover tu)..lepas tu kami nk g tempah kad jemputan. lepas tu, ambik baju nikah. lepas tu, aaaaa lepak2 je..a movie perhaps? kihkih

oklah, takat ni dulu update dariku. nnt bile2 angin rajin dtg, saye hapdet lagi yep.

next : dalam masa 10 hari sebelum saya mula kerja, saya nk lengkapkan segala-mala borang yg perlu dilengkapkan!


p/s: enche shimi, sory sbb saye moody tahap gaban hari ini. :(


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 16

Phew, 5 Jun memang penat aku dan family menghadiri kenduri-kendara. 3 buah rumah semuanya. Tahap ketegangan perut? Malas nk ceritaaaaa..

Lepas kenyang perut, saya, mak dan ayah terus ke nilai3. Biasalah, waktu-waktu sekarang ni nilai3 adalah penting! Cadangnya nk sebat cadar, langsir, survey goodies etc.


gigih sungguh my mum tu. Langsir 1 rumah kami nk tukar. alah, bukan setiap taun pun tukar kan..aku rasa langsir tu dah 5-6 tahun jugak. hehe. Apa pun, cadar dah selamat dibeli. cadar cotton memang mahal kan? aku tak suka la satin2 ni..panassssss..sekarang bilik aku pakai cotton pun kekadang peluh..apetah lagi satin kan..

ending dia, kami x la beli semua..plan nk ke jalan tar lagi seminggu dua. plan jelah kannn..yang penting preparation mmg ongoing..takdelah lama sgt tak buat apa-apa kan..oh ya, sebut pasal preparation, aku dah pun berbincang dengan videographer. selamatlah plan itu ini. bila nk shootingnya tu, belum confirm lagi. aku sukalah kerja dia, cute jek..nanti dah selesai majlis baru aku reveal okehhhh..

so, takat ni la dulu..apa-apa nnt aku update lain.

utk semua B2B, take care and stay cute!

p/s : lepas ni bapak aku nk p usha tok imam, amek borang etc. tah! pening plak aku nk pk!

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 15

selamat petang sayangs sekalian! ni update ringkas ajelah..sbb x byk menda pun yg aku buat..last weekend aku ke nilai3 bersama enche shimi..lace utk baju pengapit x cukup la pulak..sian siti aku tuh nnt sebelah tgn takde pulak kannnn..well, nilai3 mcm biasalah..panas terik!

kt sana, beli kainnye kejap je..yg lama tu merayap..g tgk mainan lah, makanlah..mcm2..janji puas hati sbb setel beli barang yg aku nak..actually aku risau gak sbb kain family aku semua beli kt kedai yg sama..tp tailor takde call cakap kain x cukup..haishhh, semoga cukup aje..huhu

lepas tu, skarang aku tgh susah hati pasal photographer pulak..photog aku tibe nk g oversea masa tarikh aku tu..tenggadah pulak aku carik photog baru..nk carik yg cantik mmg kene buat research byk la kan..huhu..doa2 kan la semoga aku cpt2 dpt photog yg bagus..

hari ni pulak, aku baru lepas booking kumpulan penari kanak2 utk reception nnt..pekej dia x la mahal melampau..free ushering lagik..ok la tu..bole jd flower girl merangkap penari kan..well, penari kanak2 ni best sbb diorg cute, dan tak bole menggoda enche shimi sbb diorg budak..hahaha

till then, tata love!

p/s : baju nikah aku longgar sudaaaa :D

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 14

Tu diaaa nk dekat sebulan gak aku menyepi ey..maklumlah, baru mula praktikal..susah nk sesuaikan diri dengan jadual hidup baru..so dalam 3 minggu ni aku gabung sekali la semua cerita pasal persediaan ni..sonang idup makcik..

kami dah berjaya selesaikan kursus kawen! hahaha..lama gila bertangguh..dari bulan doblas aritu..masing2 bizi kan..bertangguh ajelah..maka setel sudah bab itu..malas nk pk dah! hehehe


cerita kedua pulak..akhirnya, dengan semangat yang tinggi, kami dah berjaya menempah2 baju..haha..baju aku dan enche shimi (baju nikah) kami tempah kt dzul de classique..menangis rega dia..huhu..tempah baju dan veil..kasut dan aksesori, aku sewa kt butik pengantin saje..malas nk membeli2..untuk keluarga pulak, masing2 sama la tempah baju utk raya..merangkap baju yg akan dipakai masa majlis belah bangi dan penang..buatpe nk tempah byk2 kali kan..

untuk baju raya dan baju keluarga, kami tempah di Arked MARA kt kajang tu. murah! i mean murah banyak la berbanding kt dzul tu kan..seronok leeee tukang jahit tu dpt tempahan byk sekaligus..sorg 2-3 pasang..dewasa pulak sampai 6 org..budak 2..byk weh! semoga semua siap pada tempoh yg dijanjikan..huhu

okeh, baju da setel..last weekend kami ke tpt katerer (tade plak snap pic)..konfemkan menu, pilih pelamin dsbg..along, kak ida n enche shimi sempat la buat food testing..so far, diorg kate sodap! alhamdulillah..hehe..

habis kt situ, kami ke butik pengantin pulak..aku mmg sengal..booking mekap utk hari sanding je..utk nikah tak book plak kan! haha..so booking la..then konfemkan baju..testing2 sket..then selesai..



si kenit 2 org tu pun ado..meriah la sket..hehehe..happy sgt sbb basically mende2 penting dah setel..skang nk pk pasal keje ajolahhhhh..doa2kan la semoga sume lancar ye..aminnnn..


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 13

Salam. Saat ni aku masih lagi belum buat keputusan tentang design baju nikah. majalah pengantin tu memang wajib beli sebab byk idea yang boleh dijana dari situ. sebelum ni aku dah pernah bebel2 pasal baju nikah kan..now, kita bebel2 pasal veil pulak ye..hehe

bila baju nikah tu aku tempah, veil pun memang kena beli/tempah la kan..xbyk butik pengantin yg boleh sewakan veil semata-mata..veil ni bukan wajib ada pun..tapi emmm x best la pulak kalau takde kan kan kan..jom kita sama2 tengok apa yang ada..



ni veil yang ex-B2B ni beli kt ariani..bukan veil, a tudung actually tp boleh dijadikan veil..pendek je..ringkas dan kemas..tp harganyaaaaa menangis! heavy beading saja pun dah RM550..aduhhhh..tapi kepada sesiapa yang nk berbelanja habis-habisan untuk veil, recommended la jugak sbb ariani kan..ni recommended utk yg sesuai dgn bajet je tau! hehe..sumber : sini


haaaa yang ni memang aku berkenan habissss! sesuai untuk nikah kan..untuk bersanding, aku prefer yang heavy beading which tak perlu risau sbb butik pengantin dah sediakan yang tu..aku suke sgt veil ni sbb dia nampak simple tp mcm heavy sbb lace dia tebal..cantik..sumber : enche google


ni kan, mule2 aku pun x percaya..tp kene percaya jugak..this is a DIY-ed veil ok! hish, terer kot kalau boleh wat veil sendiri..bukan aku x bole menjahit..tp masa tu takdeeeeee..aku ni tangan senget maka makan bulan jugak..sumber ; sini

so, yg mana yg best agaknye eh? veil mahal? veil buat sendiri? veil tempah? utk aku, aku tempah ajelah rasanya..tempat yg aku nk hantar jait baju nikah tu boleh buat veil dgn harga rm70..DIY pun boleh tp barangnya tu pun mahal jugak..kain net nk kene beli yang lembut..nanti keras kejung..mahal jugak tu..kain sulam lagi..kalau jadi memang berbaloi..tp kalau tak jadi?? nk kena buat lagi kan...senang cite, aku tempah aje nanti..hehe

panjangnya pulak, ramai yg sampai paras pinggang aku tgk..yg meleret pun ada..untuk aku, paras bawah dada pun cukuplah..paling2 panjang pun kt pinggang aje..tamau labuh2 sgt..nikah kenelah simple kan..okeh, sampai sini aje..nnt aku hapdet lagik!

p/s : mak aku da tanye2 da bile nk tempah baju nikah
p/s/s : belum ada masa nk beli barang hantaran..huhu


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 12

salam..topik pada hari ini adalah barang penting untuk diberikan kepada lelaki..untuk perempuan, memang lelaki kene bagi cincin nikah kan..untuk lelaki pulak mcm mana??

lelaki ni, taulah..bukan boleh pakai emas, emas putih dan suasa..pilihan yang tinggal hanya silver, platinum gitu..ada lagi satu jenis aku dah lupa pulak nama apa..hoho..memang susah nk belikan cincin..bg enche shimi, dia tak nak cincin..

serious, puas aku pujuk dia nk belikan cincin tapi dia tak nak..tak biasa pakai cincin dan takut hilang katanya..ok, fine..puas la pulak aku pikir, nk gantikan cincin dengan apa?? tak kan takde pengikat kan..maybe nk kena cop kt dahi kot :P

kakak enche shimi pulak mcm tau2 je aku pening pikir..dia la suggest supaya aku gantikan dengan benda lain yang agak mahal harganya..mahal ikut kemampuan aku la kan..pikir punya pikir..yaaaaa, jam adalah pilihan terbaik! pakai hari-hari..dan dalam sehari confirm byk kali dia tgk jam kan? kan?

ada jugak B2B yang mengalami masalah sama dengan aku..pasangan tak mahu pakai cincin..yang mana yang bertanya tu, aku pun suggest jam jugak..oleh sebab dah bersepakat nk beli jam maka bermulalah kisah pencarian jam!

enche shimi ni berkenan kt jam berjenama casio..aku pun suka..nampak sporty! survey punya survey..akhirnya kami rembat seutas jam tangan..lokasinya? kt the mines..harganya tak perlulah aku bagitau..tp kempis la jugak wallet aku..eh, mmg confirm kempis! haha

..wajah gumbira enche shimi..heheh..sorry, saye mmg x mampu nk belikan jam yg sama harga mcm cincin yang kamu belikan :(..nnt da keje saye kumpul duit belikan benda lain pulak ey!..

aku pun tertanya2 jugak..kalau ada yg sama kes mcm aku ni..ape la yg korang belikan utk bakal suami tu eh..tie? pen mahal? tp tulah..takkan nk paksa pulak dia pakai cincin kan..aku mmg suggest la korg beli jam tgn kt buah hati tu..harga pun boleh ikut bajet masing2 kan..

tu jelah setakat ni..nnt pape aku update lagik..wedding checklist pun berlambak lagi yang belum setel!

p/s : mggu depan nk habis beli brg hantaran sementara duit masih ada..kang dah terbelanja, naya!
p/s/s : masih belum confirm nk buat majlis nikah kt masjid atau rumah..

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 11

salammmm..fuh, penatnya masih terasa!

ceritanya, semalam aku baru saja sampai dari penang. sakit pinggang duduk dalam bas lama2..huhu. aku ikut enche shimi balik penang..tidur sana sepanjang hujung minggu..nk menguruskan booking-booking untuk majlis bertandang di penang nanti..

Legaaaaa..lama ok, nk survey2 bridal shop kt sana. yang paling panas, harga pekej kt sana jauh lebih murahhhhhhh berbanding pakej kt sini..bukan main-main..murah separuh harga ok!! tapi baguslah, kurang sikit perbelanjaan enche shimi kan..kan..

apa yang telah berjaya ditempah kt penang tu?

1. baju, aksesori, mekap, simple pelamin (majlis bertandang aje kan, x perlu over sgt pelamin tu)
2. photographer

yang telah berjaya dibeli?
1. cincin nikah. belah perempuan mintak cincin berlian sebentuk..tak payah semua serba satu ke apa..

satu lagi brg kemas mama enche shimi nk hadiahkan kt aku. *happyyyyy!!* tapi belum beli..survey aje aritu..katenye mama enche shimi akan g beli nnt..dengan ini aku umumkan, tamatlah survey2 di kedai pak cik habib, tomei dan sebagainya..once dah beli, stop surveying..tamau buang2 masa kan..


..sebelah aku tu kakak enche shimi, husbandnyer dan one of their children..his sister n brother in law sgt sporting okeh!..

..sian enche shimi sbb wallet dia dah nipis, kene kikis ngn aku..kehkehkeh..tq sayang!!..


gambar2 lain, nnt aku updatelah kalau rajin yek..aku kesian gak ngn enche shimi..byk nk kena spend..tp nk wat camno, nk kawen mmg gitu la kan kan kannnn..

kata enche shimi kt FB masa aku cakap sorry sbb kempiskan wallet dia "as long as u will b mine soon..." oh sejuk hatiku..hehehe..apa pun, lega sangat sbb dah selesaikan yang penting2 kt belah penang..yang lain2 tu, family enche shimi akan uruskan..aku kena take care kenduri yang belah bangi ni kan..

Thank you sayang..

at this moment, ada lagi 6 bulan 2 minggu sebelum majlis.

p/s : tgh perah otak utk DIY cute centerpiece.
p/s/s : donlod article2 utk jadi isteri yang baik jugak..persediaan mental kekdahnye


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 10

6 Mac lalu, aku dan enche shimi menghadiri pameran pengantin dekat mines. masa tu aku baru je sampai dari melaka. tapi gigihkan jugalah..hari terakhir kekdahnya kan..taklah byk sgt booth yang beroperasi pada hari tu, tapi apa yang aku cari memang ada kt sana..

masa aku kt sana, aku masih belum book videographer dan tempah kad jemputan. yang lain dah setel..cuma tinggal nk tempah2 baju ajelah..oh, dan berdiet! hahaha..kami berjaya tempah kad jemputan yang murah tapi design dia nampak ada kelasssss gitu. memang within budget..so proceed ajelah..kami tempah 1200 keping..belah lelaki dan perempuan share satu kad je..senang dan jimat..


..masa aku sampai, diorg baru je terima hadiah..ni pertandingan yg baju, mekap pe sume tu..

byk juga katerer yang ambil bahagian. siap buat food testing..aku cadangkan lepas ni kalau korang nk berkenduri, rajin2 la join ekspo pengantin. banyak company yang offer harga promosi..nasib baik byk yang aku dah booking..xlah gelabah sangat or rasa macam x cukup masa je kt sana..

..tengah survey kad jemputan..ini budak manyak suka melajuk woooo..bikin saya gerammmm!..

setel tempah kad, aku book videographer pulak..tp yang ni book by phone ajelah sbb dia x bukak booth hari tu..dia ni mmg aku dah lama follow kerja2 dia..murah banyakkkkk berbanding videographer yang lain..mmg x de yang offer harga mcm dia bagi tu..nnt dh setel sume baru aku letak link ey..sapa nak tau tu, sila la komen kt bawah ni..bg emel sekalik ye..nnt aku emel jek..

sekarang, tinggal lagi 6 bulan 20 hari sebelum majlis. sebelah bangi, yang mana perlu di-book, sume dah setel..cuma tinggal tempah baju nikah dan baju keluarga..ohhh, goodiesssss..yang tu belum beli..nnt beli sekali ngn barang2 nk hias hantaran ajelah..hantaran pun aku lom beli habis lagi nih..

malam ni aku akan bertolak ke Penang. nk tempah2 baju dan mekap utk majlis bertandang pulak..harap2 butik sana ada baju best2!

p/s : tgh tggu habib wat sale..
p/s/s : alhamdulillah, sepanjang tempoh kami terikat..xde bergaduh teruk2 seperti yang diperkatakan..


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 9

wah, dah kisah 9 ye..hehe bagus2..baiklah, episod kali ni *feeling drama* kami ke nilai3..mmg tuju bulat ke nilai3 sbb ma da target nk beli segala jenis kain yg diperlukan n survey2 door gift sket2..

well, mmg tercapailah objektif sbb kami dah berjaya membeli kain untuk pengapit, dan kain utk ahli keluarga..yg keluarga tu utk dipakai masa nikah, kenduri dan majlis bertandang..merangkap baju raya sekalilah..


..ma n kak ida masih berdiskusi ttg warna yg seswai..kaler ape dan harganya tu, aku kene le rahsiakan..tanak la reveal everything kan..

berkedai2 jugaklah kami masuk. tapi kene kawal napsu..tak dpt la nk borong byk2 sbb tak cukup ruang. penuh satu kereta tu dgn manusia. hasrat ma nk sebat tikar terpaksa ditangguhkan dulu. kihkih

next, nk kene pk kat mane nk tempah baju2 ni..utk baju nikah, aku mmg da berniat nk hantar kt the famous dzuldeclassique je..baju2 keluarga tu, macam nk kene survey2 lagi jek..apa pun, leganya rasa bila pakaian utk family sume dah setel. thanks ma!

p/s : book pekej yg aku nak tu
p/s/s : another round of detox diet plan maybe? ;P
p/s/s/s : tetapkan bila aku nk p penang utk survey2 pekej belah enche shimi..2nd or 3rd week of march..miss uncle n auntie already!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 8

pada ketika ini, tinggal 7bulan 2mggu sebelum tarikh majlis kami. setakat ini, urusan yang penting dah selesai. dewan dah book, photographer dah book, pekej pengantin pun dah pilih, cuma belum book lagi. hehe..baju nikah tu, bulan 4-5 baru tempah la kot..kasik can aku mengabdikan diri kt gym dulu..hehe..mungkin persediaan ni nampak mcm awal je..tp sebenarnye x awal ok! aku rasa timing ngam2 jek..nnt aku dah start prektikal, mmg aku kene lepas tgn la jugak kan..nk tumpu study weh!

semalam kami buat food test lagi. lokasinya adalah di ampang. mujur ma terjumpa iklan caterer ni kt paper..kosmo kalau tak silap. harganya amat berpatutan, makanan dia pun yummieeehhh!
mmg sedap!

..food test dia setiap sabtu dan ahad..percuma..pegi je kt ofc dia and makan..dah siap ada wisma sendiri weh!..


..lepas makan, kami pun buat bayaran utk booking tarikh. sbb masih decide pekej mana yg kami nk ambil kan, so bayar dwet booking ajelah dulu..

..mum n dad with the owner..muda lagi..family bisnes ok..best! aku suka family bisnes!..


sbb dalam pekej ada percuma baju, pelamin dll, kami pun tinjau2lah tingkat atas..yelah, kalau baju dia x best, boleh sub kt butik lain kan..jangan tertipu ye, gambar kt bawah ni aku main test jek..itu bukanlah warna pilihan dan baju pilihan aku..dah owner dia cakap bole test, aku pun sesaje la test baju..sekali size betul2 size aku plak tuh!..homaigod..btw, x dapeklah aku ambil gambar penuh, ni aku main2 test je, and bahagian dada tu seksi sket..corset aje tu..

..cam best pulak bile test2, mmg size aku..hahaha..tp satu baju ajelah yg aku test. x larat kot nk test byk2!..

lega betul dah ada caterer ni..kami mmg yakin ngn company dia..bygkan,, dalam satu hari, diorg boleh cater 8 majlis serentak! haaa, ko byg la stabil x stabil? pekerja dia bg 14 org, beruniform..hiasan pun cantek..pelamin pun cantek..staff dia 200 org..tu yg mak aku x pikior pjg tu..

next?? besok aku nk p survey gym..lemak2 ni nk kene sagat jugak. menangis aku kalau baju tetas di situ..haha..

p/s : harini aku dah khatam majalah pengantin. aku perlu byk idea nk design baju nikah..theeehehe :)

p/s/s : mggu ni ma ajak g nilai 3, survey kain2 rombongan, pengapit dll..


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 7

kali ni, mari berdiskusi pasal baju nikah pulak. dari tadi aku dok google cari design yang sesuai ngn aku..x terlalu over..x pulak simple melampau..kesimpulannya, aku nk kene jugak beli majalah pengantin..baru senang aku nk describe kt tailor ape yang aku nak..

gambar2 kat bawah ni adelah beberapa yang aku consider nak gabung2kan design mereka. nk lukis aku memang malas, aku imagine ajelah dulu..hehe





actually x plan pun nk beli baju nikah semalam..kami sekeluarga cuma nak berjalan2 je..saat2 akhir di mana kedai2 dah pun mula tutup, termasuk pulak kt gulati's..hahaha..dia punye kain mmg best weh! siap ongkos ajelah..tp aku punyer kain x la mahal sgt sgt sgt..aku pun was2 gak nk beli..tp dah ma and ayah on je, aku on jugaklah! ayah dah malas la tu nk survey2 dah pasni..hehehe..harga dia tu mmg lebat, tp berbaloilah dgn 9 meter kain silk (utk baju melayu sekali) dan lace yang cantek..at least di mata akulah kan..


..mmg aku kene simpan beg plastik ni..hahahaha..bukan selalu shopping beli baju nikah..gilo, aku pun tanak beli dah baju nikah pasni! saya hanya mahu enche shimi saya!..


..masih dalam proses pemilihan..kami duduk je, biar org tu yg buat2 sume..hehe..tapi tu hanya gambar hiasan ye..baju nikah saye bukan warna putih..putih tu dah biasa sgt..jgn marah wahai penggemar baju nikah putih..hehe..btw, enche shimi pun setuju nk buat baju nikah selain warna putih..

nk decide whether beli or tempah baju nikah tu pun satu hal gak weh! sewa mmg la boleh..tapi makan ratus2 gak kan..dan baju xdpt kt kita pun..plus, baju nikah ni ada sentimental value (utk aku, yg sesuai dgn aku adalah part 'mental' jek.hehe). aku nk simpan la baju ni..kenangan wooo..

itu ajelah setakat hari ini..sapa2 nk tau harga berapa kt gulatis tu, msg fb saye la ye..kot membantu anda membuat persiapan juga kan..siapa tahu?

next : belek2 majalah pengantin dan cari tailor yg sesuai utk tempah baju.

p/s : mmg aku dah tahap wajib pegi gym!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 6

Setelah merancang2, aku dan enche shimi bersetuju nk membeli barang hantaran awal2 sebelum poket kami kering later on..hehehe..so, semalam dah selamat shopping..1st round baruuuuu..balik tu aku terus rekod segala perbelanjaan..yelah, nnt terlebih belanja pulak kan..


..hasil tangkapan..


balik tu, ayah suruh aku bukak 1 file utk simpan segala rekod perbelanjaan dan dokumen penting for wedding preparation..aku pun dah start catat segala-galanya dalam wedding planner aku..aku nk simpan buku tu sampai tua..hehehe

nanti hujung bulan shopping barang2 aku pulak..barang2 enche shimi sudah setel..alhamdulillah :))

next : setel kursus kawengggg dan cari kain baju nikah

p/s : tinggal lagi 8 bulan..weeeee! tepat2 8 bulan..

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 5

Wah! dah kisah 4 yek!!

Semalam, ma, ayah dan aku sambung lagi jalan2 booking dewan..dah tgk la hall2 yang ada dalam list utk booking..surprisingly, hall kliuc adalah yang terbaik buat kami..jarak dari rumah, size, keadaan dia, lokasi masjid berhampiran dan sebagainya..yaaa, aku akan berkenduri kt kolej sendiri..aku rasa lawak!

tapi takpe, membe2 yg dok hostel, petik hidung je bole jalan kaki g kenduri..kihkihkihkih



habis je survey2, kami minum ptg kejap di cafe kt UPM..lepak2, calling2 mama enche shimi dulu, then baru gerak balik..phewww..lega ok! tarikh nikah dan kenduri dah confirm..tarikh majlis bertandang (belah enche shimi) pun dah confirm..

dalam perbincangan : silat sambut tetamu, persembahan tarian dan gamelan.

next : besok jalan2 kt KL ngn enche shimi, dia dah nk start beli barang2 hantaran..aku tukang teman ajelah..aku punye turn sopping, tggu dwet fee waiver masuk dulu hokey!!

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 4

Yesterday i went for make up trial. pak andamnye adelah sir azman, my lecturer..haha..he's a make up artist ok! I know it is kind of early for me to do the make up trial. but once my skin reacted to the product, i need like 6-8 months to get my normal skin back. ko byg la kalau bulan 5-6 aku baru wat trial, then kulit aku allergic kt product tu..x sadisssss??


sape nk tempah sir azman, bole mintak phone number beliau kt aku ye..hehe..promosi..so far, ramai yg kate mekapnye cantik..nampak natural..aku mmg x bekenan sungguh mekap style gomak..meaning yang putih dia semacam je..dalam gambar nnt x cantek..huhu..sir pun pakai tanned punye foundation pe sume..ok jelah outcome dia kan..



ramai cakap aku nampak lain lepas dimekap. yeke? hehe..yolah, ramai dah biasa tgk aku simple2 kan..xde keje aku nk mekap selalu..mak aku x kasik oh, sbb nnt kulit rosak..tu kulit biasa..ni kulit over sensitip mcm aku ni? mmg cari nahas..tp keje nnt aku kene la mekap sket..x elok org corporate comm nampak dull jek..

after make up trial, me and shimi went for our prewedd photoshoot..ni sesaje je aku buat alang2 bermekap ni..btw, nnt aku share sekeping dua kt blog ok..kt fb pun aku maybe share sket je..sbb aku amek gamba ni, bukan utk share2 sgt..aku nk simpan utk kenangan aku ngn shimi =)

next : besok ma cakap ada few places lagi nk kene survey. Enche shimi's family pun dah call dia, dah tetapkan tema kenduri belah sana. hmmm, makin pjg checklist aku!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 3

Harini, aku masih pening2 lalat lagi..bila dah terlampau byk options. mule la jadi semak perut. tatau nk pilih yg manaaaaa..tp ada dah la yg di-shortlisted kan..

sepetang aku habiskan masa jalan2 survey pekej perkahwinan sekitar bangi..beberapa tempat aku dah cover..insy, akan ke area kajang pulak lepas ni..rata2 butik andaman dah penuh bulan 11, 12..berdebar ok! (bedebah pun bole la)..jgn laaaa penuh bulan 10..sobs

apa pun, kene tgk persetujuan ma jugak..sama2 buat keputusan la nanti..marilah kite same2 berdoa semoga aku dpt pekej yang aku nak..aminnnn :))




p/s : sgtlah mencabar bila aku sekarang dah hilang suara..terbatas gile wehhh..nk tanye itu ini pun kene kumpul2 tenaga dulu baru suara tu keluar..hahaha..da serupe maknyah dah suara aku!

p/s/s : besok ade make up trial dan pre-wedd photoshoot..semoga kulit aku ngam dengan product yang akan digunekan oleh pak andam tersebut..aminnnnn..

p/s/s/s : rindu kt enche shimi..hehehehe

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 2

Belum pape dah ada Kisah Bakal Pengantin episod 2 ek..hehehe..nk wat camno, serabut aku oh! Sekarang ni me and parents masih mencari2 dewan yg sesuai utk majlis nnt..adalah 2 buah yang dah kami tempah..siap ambil tarikh berbeza..tp dewannya kecik..pada mata aku x sesuai utk majlis..mak pun cakap, tak nak lah tetamu sampai berdiri2, x selesa, kepanasan dan bersempit2..dewan kenalah ambil yang ada aircond.

Isnin haritu, kami dah tgk dewan MPI (Maktab Perguruan Islam)..mmg cun habis! betul2 depan masjid..senang skit tetamu nk bersolat..x perlu terkejar2..saiznya pun bagus..not too big yet not too small..mmg kami berkenan habis! Malangnyeeeee, MPI hanya boleh bagi confirmation bulan 9..hahaha gelakkkk..yaaaa, aku nikah bulan 10 (aku suka : 11011) dan dewan komfem bulan 9..gelakkkk lagi..mmg aku hias pakai tali rapia je kang!

well, ni ade la sket gambar wat aku cuci mata..wat kt ballroom tu..kayo makcik? hehe..




aku ni pulak..dah set dalam kepala, pelamin akan nampak lagi best bila wat kt dewan..tah nape tah? hahaha..tp aku prefer camtu la..sbb kt area rumah aku tu..kalau hujan, mmg sedap meredah air kt jalan raya..so mmg mak aku awal2 dah cakap nk wat kt dewan..

Dewan pulak, x boleh terlalu besar..nnt nampak lengang..x boleh pulak terlalu kecik..nnt x muat..haaaaa mak aku cakap la kan..aku ngikut je..sbb mak aku n en shimi yg sponsor bajet kenduri..hehehehe..

ntahlah! doa2 la supaya kami dpt dewan yg bersesuaian..baru tenang hati aku..kalau tak, nk pergi klas pun aku sesak pk dewan tade lagi..adehhhhh..

next : duduk bersimpuh dgn enche shimi sambil decide list brg hantaran bagai..aku bertekad..segala yg berkaitan hantaran, aku nk guna duit saving sendirik..dari barangnya, sampailah ke hiasannya.. (btw tu je yg aku mampu..aku kan belajo lagi..wuwuw)

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin