MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

KBP : Kisah 20

SALAM..

WOW! ketika entry ini ditulis..saya hanya ada masa selama 3 hari sahaja sebelum menamatkan zaman bujang. sekarang ni mmg dah susah nk fokus kat tempat kerja. takut itu ini tak lengkap. well, biasalah tu kan?

sekarang, persediaan dah 90% siap. yang tinggal cuma benda kecik2 la. nk cari henna, nk kemas itu ini. itu takpe lagi. yang menjadi priority sekarang ialah kehidupan selepas kahwin. kami ni baru je dapat rumah. memang last minit sangat! tapi alhamdulillah, Allah dah atur elok je. memang rezeki kami dapat fully furnished house siap aircond, dengan tuan rumah yang sangat baik hati! baik hati tahap saya call ucap terima kasih byk kali. hehehe.

gambar persediaan, nnt2lah saya upload ya. itu pun kalau rajinlah. semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. semoga kami selamat dinikahkan. semoga kami sabar dan tabah mengharungi dugaan yang mendatang. semoga niat suci kami ini dilindungi dan berkekalan sehingga hujung nyawa.

ini mungkin KBP yang terakhir. atau kedua terakhir. terima kasih atas segala sokongan dan kritikan keluarga, rakan2 sekalian dan tentunya bakal suami saya, enche shimi. saya akan merindui saat2 membuat persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan. doakan kami ya :D

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin