MARI MENGIKUT

Me and you :)

Archives

gravatar

KBP : Kisah 20

SALAM..

WOW! ketika entry ini ditulis..saya hanya ada masa selama 3 hari sahaja sebelum menamatkan zaman bujang. sekarang ni mmg dah susah nk fokus kat tempat kerja. takut itu ini tak lengkap. well, biasalah tu kan?

sekarang, persediaan dah 90% siap. yang tinggal cuma benda kecik2 la. nk cari henna, nk kemas itu ini. itu takpe lagi. yang menjadi priority sekarang ialah kehidupan selepas kahwin. kami ni baru je dapat rumah. memang last minit sangat! tapi alhamdulillah, Allah dah atur elok je. memang rezeki kami dapat fully furnished house siap aircond, dengan tuan rumah yang sangat baik hati! baik hati tahap saya call ucap terima kasih byk kali. hehehe.

gambar persediaan, nnt2lah saya upload ya. itu pun kalau rajinlah. semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. semoga kami selamat dinikahkan. semoga kami sabar dan tabah mengharungi dugaan yang mendatang. semoga niat suci kami ini dilindungi dan berkekalan sehingga hujung nyawa.

ini mungkin KBP yang terakhir. atau kedua terakhir. terima kasih atas segala sokongan dan kritikan keluarga, rakan2 sekalian dan tentunya bakal suami saya, enche shimi. saya akan merindui saat2 membuat persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan. doakan kami ya :D

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 19

Pada hari entry ini dipublish, aku ada masa genap sebulan untuk buat persediaan majlis. wow, time flies! banyak lagi yang belum selesai sebenarnya. waktu2 macam ni, kami mula fokus kepada proses pembayaran. yang mana berstatus booking, kena bayar a month befor majlis kan. so caterer, dewan, pekej pengantin etc memang nk kena bayarlah. rabaklah poket bapak dan ma saye. kehkehkeh

untuk persediaan lain, memang honestly banyakkkkk sangat yang belum selesai. hantaran aku baru siapkan 3 dulang out of 11. 8 dulang lagi. adehhhh. nk hias2 tu yg makan masa. maklumlah, x terer kan..sobsob..tempah food untuk goodies pun belum. masih dalam fasa survey2 lagi. barang2 utk hias bilik pengantin, yang ada cadar and langsir sahaja. yang lain masih belum fikir lagi macam mana.

kt rumah pulak, ma n ayah dah panggil org repairkan toilet..pasang aircond kt hall, beli tikar etc..memang banyak nk kena kemas..rasa menyusahkan pulak. tapi nk buat macam mana, kalau buat majlis kt masjid pun, nk kena kemas rumah gak kan? hehe..

nk senaraikan kat sini memang x cukup ruang pulak nanti. pendek kata, persediaan tu memang banyak dan 'renyah'. itu ini nk kena fikir. nasib la ada family yang sgt sporting dan terlalu banyak menolong. Allah ajelah yg dapat balas semuanya. ;)

honestly, memang aku dah mula rasa berdebar. tak sabar nk selesaikan pun ada, takut pun ada, nervous lagi la ada! perasaan dah mula bercampur baur. rasa macam tanak tinggalkan bangi. rasa macam tanak kerja, nk dok rumah n spend time dgn family je..ish. susah lah nk describe. semoga Allah bg ketenangan utk kami semua melakukan persiapan dengan lancar..

ok, takat ni ajelah dulu. nanti aku update lagi yek..

p/s : minggu depan nk start pos kad kawen
p/s/s: lagi dua minggu akan ke penang utk pre-fitting baju utk majlis bertandang.
p/s/s/s: nervous lagi..haha

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin