MARI MENGIKUT

Me and you :)

Showing posts with label love life. Show all posts

gravatar

Your Gurt

Sabtu lepas saya dan enche shimi mencuba yourgurt. Competitor to tutti frutti nampak gayanya. Sy mmg excited to the max lah sebab keluar rumah lepas pantang kan..

Tgk posternya, memang bersepah la gambar aaron aziz. Samada dia yg empunya bisnes ni atau dia sekadar duta produk, sy pn x sure..sy tgk cr penjualan dia sebijik mcm tutti frutti cuma ada perisa yang berbezalah..topping pun lebih kurang..

Awal2 lagi sy dh pesan kt hubby, kwl diri..jgn amek banyak sgt. Mahal nnt..tapiiiiiiii..hahah tau la enche shimi tu..sedap aje tgn dia cedok mcm2 sampai hmpir penuh la mangkuk tu..surprisingly, murah ok! Dlm rm14 gitu la..ni kalau kt tutti frutti ni, kompem dh berpuluh2!

Soooo, mmg kami akan kesini lagi..sy suka perasa pink velvet dia..selalunya red velvet kannn..

Ok, takat tu je dulu..anak dah mintak susu. Haha..babai!



gravatar

Imissyou

Ptg td enche shimi dh bertolak balik bangi. Sy stay penang with inlaws sampai next week. I feel different without him next to me. I miss him already.

Ptg td pn en shimi nampak berat hati sgt nk brtolak balik. Berapa kali dia cium hazmy tu. Sy pulak purak2 cool. Dia tatau ptg tu masa dia p kedai, postnatal blues dtg menyerang..sy menangis senyap2. Hoho

Happy working darling. I love u.


gravatar

berhenti.





Masa berlalu pantas! Tak terkejar. Kadangkala lelah di tengah jalan. Tapi semua itu tak terbanding dengan masa apabila kamu ada, masa rasa seolah terhenti.







~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

I'm alive and kicking!

life is wonderful


i have you


we are having a baby


=)




~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

one true love..

Assalamualaikum..sebulan jugak blog ni x ber-update yek..sekarang dah masuk minggu ke-4 usia perkahwinan kami. bagai mimpi jadi nyata. macam x percaya je. terima kasih ya Allah..

the journey..


..zaman berjiwang karatss..


..hari risik/tunang..

..hari kami disatukan..


..selesai kenduri..


..the honeymoon..

dari zaman couple hingga bergelar suami isteri, segala pahit maung telah kami tempuhi..yang manis kami kenangkan, yang pahit kami simpan dalam lipatan sejarah.

..the make up. memang best mekap dia. muka x berbiji2..very smooth..sapa nak, let me know nnt i'll give you her phone num ye..


..mini pelamin..love it..

..me and huby with 4 parents..

..the very bestfriend that flew all d way from medan. jadi pengapit dan terbang kembali ke medan. i love u!..

..the family..i wouldnt be this happy without them..they are my life, my everything..

terima kasih kepada yg sudi datang memeriahkan majlis. doakan kami bahagia sentiasa ya :))

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

3 years and counting :)

three years!

three wonderful years!!

Happy 3rd anniversary dear honey. This is an auto-publish entry as im still in Tioman with family at this hour :)

Wow! macam tak percaya, dah 3 tahun kita berchenta kan syg? Time flies and now leaving us counting for the day. the very big day of ours. rasa macam baru semalam berkenalan. rasa macam baru semalam berjumpa buat kali pertama. tak sangka keserasian kita ni berjaya bawa kita ke peringkat seterusnya, dan insy akan ke peringkat yang lebih hebat! :)

mungkin tahun ni last kami sambut anny 4 july. lepas ni sambut anny baru la pulak kan :))). at this point rasa sangat bahagia dengan segalanya tentang cinta. yang manis pun bahagia, yang pahit pun bahagia. semoga Allah kekalkan perasaan macam ni sampai bila-bila.

to honey, terima kasih sbb bahagiakan b, buat b happy selalu. I cant imagine my life without u. x sabar nk explore hari-hari mendatang dengan ney. nk bersama-sama dengan ney sepanjang masa, ketika susah senang jatuh bangun ney. happy 3 years again syg.

i love u :)


The more I think about it, the more I realize there is nothing more artistic that to love others



~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

pemeraman hebat!

ini kisah peram ceritalah! kehkeh. ok, aku nk promote tempat ni sambil tules2 la ape yg aku dah buat utk kenangan di hari tua kelak (kalau blogspot wujud lagi la kan).

kan aku ade buat seperais candle light dinner utk enche shimi. ni la die gambor2 nye..ptg tu, enche shimi dtg tpt aku praktikal..kt situ adela aku buat gimik pape yg patut..tipu dia sane sini..tp ending dia mesti happylah, dia dapat hadiah. ok, tamat..eh, belum!

ni gambar mase aku nunggu enche shimi sampai..


bile enche shimi sampai, dah selamat dpt hadiah, aku heret dia p toilet bersiap2..tukar baju, spray wangi2 sket..then pufffffff! kami lenyap dari kawasan opis aku, menuju ke Mangiamo! Cafe. lokasi dia kt equestrian park, putrajaya. aku suka sbb tpt tu cam x ramai orang..btw, sume2 aku dah booking dah a day before..


sorry, gambar blur..btw, lilin tu dah terpadam sbb aku request suruh dia bukak kipas..hehe..tp mmg best! kelopak bunga ditabur-tabur kt atas meja dan lantai..geram pulak aku tgk! semua fresh flowers..yg bestnye, diorg siap prepare bunga rose, suruh enche shimi bagi kt aku..aku yg treat dia, aku pulak yg dpt bunge ros :D

makanan dia mmg superb! excellently cooked! bukan tahap nicely lagi dah..harga pulak murahhhhhhh..sapa nk tau, emel aku k..nnt aku forward pekej dia..jom aku cerita bab makan plak..sila telan air liur k..sapa2 yg puasa ganti tu, mintak mahapppp..

appetiser : prawn cocktail salad. sedap gilaaaaaa! ni yg aku stress ni..baru cite bab appetiser aku dah teringat2 dahhhhh..


Lepas tu, soup pulak..ni dia nama menu tu..Shrimp Bisque serve with Garlic Bread..omg. kenyang ok makan ni...kalau aku tau, aku cut off salah satu dish..tp x bole weyh..sume best! x sanggup nk cut! soup dia very rich..mmg likat..slurrpppppp..ok, stress level 2..



habis je makan soup, sambung ke main dish pulak..masa ni kami siap bangun berjalan2 kt tepi meja tu, bagi makanan turun..haha..

enche shimi punya : Sirloin Steak serve with Mushroom, Black Pepper or BBQ Sauce

aku punya : Pan Fried Salmon serve with Ginger Lime Sauce


sangat mengenyangkan! tebal, nicely cooked! huhuhu nakkkkkkkk! *stress level 3*


oh this baby salmon..eh, ni bapak baby..seriesly sedap..aku siries ni! memang sedap gila. nampak je macam sepotong, tp dia punya kenyang tuuuuu..

habis je makan, mai dessert pulak.. Warm Apple Pie with choices of Ice Cream serve with Sweet Mint Sauce. tu diaaaa.. tp sedap ok! apple pie ngn ice-cream mmg sepadan lah. actually aku dah kenyang dah..tp x baik la membazir kan..pulun gak menyumbat..


tiba2 pulak org cafe tu dtg bawak kek sepotong..yg ni takde dalam plan..diaorg bg free jek..yg ni mmg x boleh blah dah.,aku ngn shimi mmg x termakan..tp sbb org bg susah2 kan..takkan x habis pulak? pulunnnn..


tahniah kepada kami berdua sbb berjaya habiskan makanan..mmg tak larat nk habiskan tp kenalah kan..membazir tu kan x baik..aku rasa cafe tu servis dia ok..environment pun ok..ramai dah mintak pekej dia kt aku mase aku publish kt fb..harga dia mmg murah. x percaya pun ada..tp makanan dia superb!

..lepas kenyang, haruslah posing aje..kan??..




so, itu jelah coretan untuk kenangan aku sendiri..aku tak berniat nk bermegah2 ke apa..cuma aku tulis utk diri sendiri..kalau sapa2 yg baca tu tade hal la kan..yang penting enche shimi happy sgt! dia pun x sangka aku buat seperais kt dia..

to my sayang, i love u. insy next year kita sambut birthday as husband n wife pulak ye <3

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

meaningful celebration

Family aku mmg mempunyai hobi menyambut hari jadi semua orang (ahli keluarga). yesss, x pernah miss besdey sape2 pun! termasuklah besdey enche shimi..dah 2 taun gak la my family selebret besdey dia..even dia belum masuk family pun lagi..i mean, belum kawen sama sayalah kan..mende2 gini aku anggap sebagai satu penerimaan family aku terhadap dia la. penerimaan yang bagossss..

last sunday, kami pun buat makan simple2 utk selebret besdey dia..bapak aku senyap2 g beli kek..semangat! haha..aku pulak, pakai seluar pendek aje berpeleseran kt rumah..mmg dasar pemalas kan?? nk cepat, kami oder pizza sudah..tak payah penat2 masak. ye tak? (walaupun selalunya mak bapak aku yg masak)


..what a simple but meaningful celebration. enche shimi mmg bertuah ok dpt bakal family yg sporting gini..

..aku x paham ape motip abg aku wat muke camtu..sampai ilman pun pandang dia semacam je..haha aku tukang snap gambar ni..

..kak ida pulak snapkan gambar..oh, rasa sgt happy dan bahagia!!..kan syg kan?

tu yg family celebrate..yg aku celebrate ngn enche shimi, nnt aku cite lain la k..aku berjaya seperaiskan dia dgn candle lite dinner..kehkehkeh

to my lovely fiance, selamat hari lahir yg ke _____ (heheh). Semoga dikurniakan yang baik2 belaka..B akan sentiasa doakan ney bahagia..i luph u honey!


gravatar

LAT the musical. OMG Best!

LAT THE MUSICAL BESTTTTTTTTTT!!

Lama dah aku ngn enche shimi x melayan teater musical..asek bertangguh je..last kami tgk P. Ramlee The Musical ke PGL tah..yg lain, kami cume tgk teater kt aswara sahaja. Thanks to zul yang susah payah mengajak..tp siannnn, tukang ajak yg x dpt pegi sbb x sehat..so, how was it?

Seriously best weh! Aku dan enche shimi mmg terhibur dengan semua babak yg ada..Cuma show kali ni lebih simple props nya berbanding show PGL dan P. Ramlee. Pelakon budak tu mmg best. Suara dia lantang..sedap dia nyanyi..mcm haziq pun ada..hehe eh tah ke haziq?? Ahhh, nnt la google..


Bila sampai time awie, mmg x ley kate ape la kan..lakonan mantap..aku mmg suke pun tgk awie..berbaloilah keluar duit pun kan..cerita dia dari zaman lat kecik2..belajar malas, tp melukis pandai. Dia cerita la camne lat develop bakat dia tu..sampai lat besar, berumahtangga dan beranak pinak pe sume..bini lat tu dilakonkan oleh atilia. As usual, mmg best! Aku dah suke si atilia tu berlakon dari zaman P.ramlee d musical lagik..

Habis je teater, kami merayap ajelah kt lobi istana budaya tu..diorg siap pamerkan lukisan lat yg original..best! tulah enche shimi cakap, nilai dia boleh naik berjuta2..mmg berharga..paling best, datuk lat dan isteri pun ada sama malam tu..cume rambutnya taklah sekembang rambut dia mase kecik2 dulu kan..hehehe


Ish, rindu la nk tgk teater lagi..enche shimi pun da minat teater sejak kapel ngn aku ni..seronok sbb dia faham apa yg aku minat kan..seni tu indahhhh..


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

pengembaraan ke penang

Pengembaraan bermula! haha entry basi habis..maaflah, aku sibuk sangat dgn aktiviti kelas, xm dan sebagainya menyebabkan sume bendaaaaa tertangguh!

salah satu weekend yang lalu (aku pun lupe bila!) aku g penang, g umah enche shimi..ade dalam entry sebelum ni aku cite tujuan aku ke sana. mula2 kami bercadang nk pegi sana menaiki kereta..last menet, plan bertukar..kami naik bas aje..dari hentian kajang..dekat je tu..ayah yg baik hati tlg hantarkan kami ke sana..


..masa ni tgh tunngu bas sampai..laparrrrr..


aku punya idealah suruh naik bas..sbb aku nak enche shimi rehat..yelah, dalam bas tu boleh la tidur sakan..well, mmg tido sakan pun!!

sampai di penang, mcm2 aktiviti jugak yg kami lakukan. mama enche shimi layan aku dgn baik..beli itu ini untuk bawak balik ke bangi..masak sedap2..aku tau makan je..hahaha..oh, adalah tlg2 kt dapur kan..aktiviti lainnye, bace ajelah KBP tu..kihkih..jom kite layan gambar!


..masa ni kami singgah ke rumah sedara enche shimi,..tepi laut je rumah dia..cantiiikkkkk!!..


..hasil lukisan enche shimi..orrr contengan?haha..bawah sekali tu nama roki..RIP roki syg!..

..amat rindukan buaian mcm ni! buat aku terkenang zaman kanak2 dulu..best..tenang je rasa..

..enche shimi pun nak juge bergambor..masa ni kami berdua kene halau main kt luar rumah..haha..takdelah..mama enche shimi n auntienyer tu nk borak hal org2 lama..mana boleh dengar kan..

..the happy couple..menjadi2 happynya sejak kebelakangan ni..tu yg susah nk diet tu (alasan!)..

at nite, sempat bawak enche shimi jumpe my chinese relatives..aku ada 2 uncles yg tinggal di penang..diorg sume ok je ngn enche shimi..my uncles mmg cool! cuma kami tak bole balik lambat..so tak boleh la lepak lama2..

..my two uncles with their family. tp x semua ada..ada lagi sorg uncle yg duduk kt cameron..

penat memang penat! tp seriously enjoylah..dpt makan sedap..dpt beramas mesra ngn family enche shimi, dpt setelkan persiapan di sebelah sana..mmg puas hati dpt ke penang..lepas ni bile laaaaa pulak dpt g sane kan..

balik je dr penang..aku terus fokus utk final exam..terusssss senyap je..hahaha..now xm dah habis so legalah kan..aku rasa next trip ke penang will be a month bfore the wedding..sbb nk pre-fitting baju, cincin segala kan..

spending time with him n family mmg buat aku meroyan je tau..yelah, sepanjang minggu 24jam gak aku ada ngn dia (tolak waktu tido so x 24jam dah..hehe)..lepas sampai bangi, terus rasa dia jauh..hahaha..maaflah, aku mmg sengal..

oklah, till then ya..tataaaa!

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

jatuh cinta

hari ni, saya jatuh cinta lagi ngn dia. sungguh-sungguh jatuh cinta. hari-hari jatuh cinta. terima kasih syg, selepas 2 tahun setengah ini..awak masih buat saya jatuh cinta pada awak. sentiasa :)



~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

hari deting tanpa roki.

weee..selamat hari wilayah! sempena hari wilayah, enche shimi dpt cuti maka kami pun berdating2lah jawabnye..hehehe

mule2 konon nk drive kereta, tp sebab takut jalan jam last2 naik LRT..enche shimi dah la jarang nk kuar kl naik lrt..tp sebab aku insist, dia ikutkan jelah..sekali kl lengang daaaaa..hahahah..tapi takpe, sekali sekala kan..kan..

..muke terpakse amek gamba..hahah dia layan je perangai aku nih..well, kene biasakan okeh!..

habis je shopping, perut pun bunyik2..mane taknye, beli brg sampai 4 jam..berjalan tanpa henti..dah serupa bersukan dah pun (tp apesal perut x kecik2!)..kami pilih makanan jepun kali ni..not bad..tp aku rasa rindu nk makan japanese food kt komura hotel..huuuu terbaik!


..mine..chicken teriyaki..sedapsssss!..lambat gak aku nk habiskan nasik tu..siap makan slow2..kunun menikmati..sayur adalah sebeban ok..aku rasa kenyang sebab sayur tu kot..

..his..tory chicken ke ape tah..tp ayam dia ade cheese..sedap gak! laju je habes..hehehe..

for side dish, kami order salmon skin salad dan ikan ape tah nama dia..tp sedap la..sume licinnnnn...kenyang perut senang hati!

hari yg memenatkan tp mmg berbaloi-baloi..rasa seronok dpt berdating ngn enche shimi..mcm2 dia ngusik aku..hehe..nnt kite date2 lagi yek! i lap u lah!!

..me and you, without roki..

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin