MARI MENGIKUT

Me and you :)

Archives

gravatar

perlu la.

Terasa mcm byk benda nk kene buat..huhu..enche shimi, i need u..tolong le bawak saye jenjalan mana2 hala..kidnap me, please?

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

bila ada makhluk rasa dia tu barang =P

well, aku selalu mengata camtu kt roki..*saiko ape mengata kt kucin..hehe* roki ni suke sgt dok kt tpt brg2..kadang2 dok celah2 sampai susah nk carik dia kt mana..family aku mmg cari roki malam2..sbb nk tido same ngn dia..spesel ok, tido sebantal..


..roki tgh tido tersengguk2 atas stok handbag aku utk berniaga masa pesta konvo nanti..lama gila dia tido situ..sekali lalu, mmg nampak same je dia ngn plastik oren tu..kehkehkeh..


..ni pulak masa aku bizi wat esemen..aku bukak pintu lemari ni sbb nk amek kertas utk print esemen..kecik je ruang yang aku bukak tu..pastu denga bunyi benda susup2 masuk..lame lepas tu baru aku perasan ade pulak encik roki kt situ..hahah..aku halau dia tamau pulak keluar..mebi dia ingat dia pun benda yg perlu disimpan dalam almari jugak..

p/s : sejak akhir2 ni katil aku rasa sempit je sbb kene kasik ruang kt roki. aku tido mengiring je tau tak..dia tido melintang..mak aku pule selalu suruh mengalah ngn roki. adehhhhh!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

bubye gala dinner!

selesai sudah mind's gala dinner!! fuhhhh..KLIUC jadik tuan rumah untuk national invitational debate 2010..kami student2 ni diberi tanggungjawab utk sama2 organize event ni ngn pihak kolej. pandai ehhhh..tak buat pun x boleh jugak..kang takde markah kang! seb bek paper ni buat event je, x yah ade final exam..kehkehkeh

aku diamanahkan utk buat keje2 PR..dan aku juge merupekan salah sorang performer pada malam tu..emmm dah lama dah aku x perform..mmg kt kliuc ni aku x aktip pape kelab..aku dah janji ngn diri sendiri tanak aktip kt kliuc..hoho..


..klasmateku..subject seminar in comm..another event this wed..isk isk..

..setting dewan..tp masa malam tak pakai lampu putih..pakai spotlight kaler2..mmg nampak kelasssss..

..and me, with the sampah. yess. aku ngn nisa bongkok2 kutip sampah2 tu..utk my 3rd event this friday..kitar semula, kan bagus tu?..

sekarang ni aku semak2 pk pasal 3rd n 4th event..hah, 4 event sem ni..mcm hape je penatnye..takpelah, dah 2nd last sem pun..bile lagi aku nk bizi2 kan? kan? wish me luck!

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

suka tapi bahaya?

Kalau tak kerana komen dari Cik tulip, aku pon x perasan yang entry2 bawah ni pendek2 belaka. heheh nk kate malas sgt pun x jugak..maybe itu je kot yg aku rasa nk tulis time tu..

ape pun, last week ari jumaat baru aku sempat jumpa enche shimi after 1 week plus.. and sabtunye jumpe lagi before beliau terbang ke labuan atas urusan kerje..jgn mengada2 menggedik di sane ye sygku! sebelum aku drop enche shimi kt hotel niosh, kami pekena ayam penyet dulu. teringin katanya. sekali aku tgk enche shimi makan byk gile..hahah..aku pulak makan sket jek..

yg aku heran, aku mcm happy melampau tgk dia makan byk gitu..adakah sebab enche shimi bukan pelantak nasik yg hebat? (dia kuat melantak makanan ala barat). tp aku puas hati la..mcm nk tgk enche shimi makan byk tu selalu..haha tp bahaya utk berat badan la pulak kan..

well, adekah aku ni spesis suke menambahkan berat badan org yg aku syg? heheh mari la join aku memikiorkannye =D




~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

grrrrr

kenapelah printer baru ni x bole install? marahhhhhhhhhhhhh!!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

completed!

I believe that two people are connected at the heart, and it doesn't matter what you do, or who you are or where you live; there are no boundaries or barriers if two people are destined to be together.



~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

flower flower.

enche shimi balik kl arini. khamis.
tp dia declare arini jumaat. ikut kalender sendiri katenye. sbb aku cakap jumaat br jumpa.
and merajuk siap2 bila dia pk aku akan tido lewat dan xlarat nk bangun pg teman dia on the phone.

cute =)

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

sangat.

aih, rindu la =(


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

hikayat hati siri 1

Ema menyeka peluh yang meluncur laju melewati sisi pipi mulusnya. Bahang kotaraya seakan membunuh jiwa riang Ema yang beraja di hati sedari pagi lagi. Dari ekor mata dia melihat pemuda itu. Hitam manis orangnya. Berjiwa lembut di sebalik petak wajah tegasnya.

"Jai, panaslah. Awak tak rimas?"

Ema bersuara seraya membetulkan tudung. Panas. Lenguh. Kakinya mula mengatur gerakan-gerakan kecil di tempat dia berdiri. Sekadar melegakan sendi lutut. Azrai memandangnya sambil tersenyum. Terhibur hatinya melihat keletah kekasih hati yang manja. Iya, Ema sememangnya seorang gadis yang manja. Suaranya lembut, gerak alur lentur tubuhnya sopan dan menenangkan jiwa.

"Sabarlah sayang. Ema juga yang nak merasa naik KTM. Sekarang kenalah kita tunggu KTM sampai. Mahu Jai pegangkan handbag?"

Ema tersenyum simpul. Manis. Sejuk sedikit hatinya mendengar pujukan Azrai yang sememangnya ditunggu-tunggu sejak mula mereka berdiri menunggu ketibaan KTM. Salahnya juga kerana berkeras mahu menaiki kenderaan awam. Bersungguh-sungguh dia memujuk Azrai supaya menemaninya menaiki KTM semata-mata mahu mengaut pengalaman baru. Anak dara ayahlah katakan, hidup berkereta ke mana jua. Tiba-tiba sahaja selautan manusia yang turut sama menanti ketibaan KTM meluru ke garisan kuning. Ema dan Azrai turut tidak ketinggalan. Sebaik melangkah masuk bersama tubuh-tubuh manusia yang turut sama mengejar masa, mereka berbalas senyuman.

"Terima kasih Jai. Ema sayang Jai. Tahu? "

"Iya sayang. Selepas tiga hentian, kita turun. Jaga handbag ya sayang. Apa-apa hilang nanti, susah kita."

"Emm. Jai.."

"Ya sayang. Ema penat?"

"Tak penat Jai, cuma lenguh kaki sikit. Ema runsinglah memikirkan kata-kata papa."

"Sabar ya sayang. Jai tahu apa yang Ema fikirkan. Jai faham apa yang Ema risaukan. Sayang, Jai faham kenapa papa Ema tidak bersetuju untuk kita melangsungkan perkahwinan sekarang. Semuanya demi kebaikan Ema. Kesihatan Ema adalah segala-galanya buat masa sekarang."

Ema mengangguk lemah. Tubuh-tubuh manusia yang menghimpitnya tidak langsung dirasakan mengganggu benak fikirannya pada waktu itu. Azrai juga begitu. Bingit gerakan KTM seumpama bunyian kosong yang lalu lepas di telinga. Dunianya pada saat itu hanyalah Ema. Buah akalnya pada saat itu hanyalah ingin mengurangkan penderitaan Ema.

***

"Ema, Jai rindu.."

Azrai merenung skrin telefon bimbitnya. Jemarinya pantas membuka peti simpanan mesej. Mesej-mesej pemberian Ema dibaca satu persatu. Pedihnya menanggung rindu.


bersambung...

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

piranha yang so-so sajork~

akhirnya, kami sekeluarga berjaya jugak tgk wayang..hahaha..ma pilih cite piranha..aku kasik 3.5 bintang ajela..mmg sedap layan scene darah2..tp jalan cerita merapu la pulak..kesah remaja2 ni enjoy macam org gila..lepas tu piranha serang..lepas tu last2 diorg berjaya bom sekumpulan baby piranha..aku x puas ati sbb macam tergantung jek cite tu..aku mahukan lebih lagi! err tapi berjaya jugak la membuatkan aku terjerit2 sebab terkejut..hahaha aku bukan bole tekejut2 neh!

tgklah, kalau enche shimi nk tgk cite ni, aku ikut aje..tade hal nk tgk dua kali pon..btw, i miss him so much =( aku dah makin kronik..baru berpisah kejap da rindu2 sakan..haih, sape soh asek jumpe je mase bulan posa aritu??


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

gossip gossip raya!

ini adalah entry panjang. super panjang. sape yang malas bace, sile la tutup..heheh..ni aku sesaje jela nk cite sbb aku tak balik kedah taun ni..adek aku ade trial spm so mak aku nk dia dok umah elok2..kurangkan risiko katenyer..

untuk menyenangkan cite, aku nk pecahkan siri raya ni kepada 3 bahagian ye..senang sket cucu cicit aku nk baca nnt =D

SEBELUM RAYA

or dalam erti kata lain, bulan puasa la kan..mmg sebulan berpuasa tu tak terasa sgt sbb aku bizi mcm biasa..kelas berlonggok2..esemen menggunung! sbb tu la cepat je masa berlalu..puasa taun ni aku mmg happy sgt la sbb almost everyday aku berbuka ngn enche shimi dan family aku..disebabkan mak aku cuti sabatikal 9 bulan, mak aku ada je kt umah dan masak best2..puas hati woh! aku ni dari kecik mak bapak bekerja..ni kira 1st time la merasa mak ada kt rumah sepanjang masa..masuk opis suke hati je..kihkih..berbalik kepada kisah puasa..kalau aku ada kelas 5pm-8pm ke, 6pm-9pm ke..mmg enche shimi akan datang berbuka sama kt kolej..dia pun segan kot..takkan aku berbuka luar, dia dtg berbuke kt umah? errr padahal ma ayah x kesah pun..tp aku sokong dia dtg kolej teman aku berbuka =D aku kan mengada2 sket!! paling aku puas hati, aku sempat bershopping raya kt times square..murah wehhhhhh! siap bermurah hati belikan baju kt adik aku lagi..



cute kan fatih? tp aku rasa ilman lagi kiut..ahhhh, suke hati la..janji 2-2 aku sayang separuh mati! sonok oooo ade anak sedare..kihkih..ni masa main bunga api beramai2..along aku paling jahat sekali..suke2 je baling2 mercun kt kitorang..

emm, aku rasa abg aku ni muke cm cina la plak! apesal aku x mcm cina aaaa? *x puas hati..haha*..ni tgh main bunga api la ni..peluh2 kitorang malam tu..tp takde la main mercun melampau2..nnt over bising..x suke oh!

puasa2 pun, sempat pulak aku ngn enche shimi g merayap ke bazaar larut malam bangi..yg kat jalan reko tu..besar dah bazaar tu skarang! aku suka sbb brg dia best2 lepas tu dia x crowded melampau..cam danau kota pun best, tp terlalu byk kedai sampai aku sesak napas..errr tp still aku suka..malam tu, aku belikan something utk mama enche shimi..bagus mende ni!

ini adelah bantal panas..aku suka sbb dia boleh gantikan tungku..charge dalam 3 menet je, lepas tu bantal ni akan panas..lama pulak panasnya..so best la kan..agak2 nak pakai, cas lagi =)
material bagus, harga pun sgt2 berpatutan..mmg sesuai la utk sesape yg slalu sakit2 badan..letak kt tapak kaki pun bagus juge..

enche shimi pun sempat sebat baju melayu kt sini..aku pulak sebat baju kurung..best weh! dpt baju kurung murah!! and cotton..heheh trend kan skarang?

ni kami singgah minum2 jap..tgk la enche shimi wat mulut kerang..hish kiut aaaaaaaaa..huhu geram lak aku tgk..cam nk cubit..kihkih

aku letih nk demam senanyer tp bab jalan2 ni pantas jek! masa ni kami baru balik dari majlis berbuka kt umah YB Dato' Razali..bermiting ansara sekali kt sane..btw, enche shimi suke ok ejek gelang aku tu..huh!

ni paling kiut! tah nape aku rase enche shimi cam kiut gile bile naik moto ni! hahaha..ni moto yg aku pakai mase berulang g uniten dulu..ptg tu malas nk naik kereta g pasar ramadhan..so sebat moto ni jela..bising jek mulut aku mase snap2 gambar..sape soh kiut!!

YAYAY ESOK RAYE!!

malam raya, kami mengemas rumah mcm nk gila..ma n ayah pulak dah janji nk bawak aku n adik jalan2 kt kl..maklumlah, raya kt kl kan..kene la beraktiviti..kalau x, busan oh! kami ke jalan TAR..jem weh! tp alhamdulillah, dpt parking dekat =D


masa ni, pukul 1 pagi la lebih kurang..ramai orang kan?..barang2 pun best2..lelong baik punye! baju kurung best2 tahap 3 pasang RM100..selendang? sehelai RM5 je weh!! kuih raya selalunya sebekas tu rm20-rm25 kan? kt situ, 3 bekas RM20..hahaha melampau! ma sebat karpet 2 helai..dpt rm26 aje sehelai..ayah pulak beli sampin..berbaloiiiii..emmm, x sabar aku nk ajak enche shimi jalan2 malam raya sekali..ape pun, kene kawen la dulu..ye x? hikhikhik

ni la sampin songket yg ayah beli..sehelai Rm15 je..mana nk carik? alang2 tu beli byk2 terus..menyesal x belikan kt along ngn enche shimi..masa ayah pilih2 tu aku ade la call enche shimi..btaw psl ni..tp dia cakap cam biase je..lepas tu wish goodnite..aku igt dia tamau la kan? kalau nk sure dia kirim..huhu..kalau aku tau, aku beli byk2..adehhhh..

x habis lagi, kami round jalan raja laut dan taman tasik permaisuri..ramai wooo org2 yg menjaja body malam tu..bersepah2 depan tangga tunggu pelanggan..esok raye pun masih gigih 'menjaja'..kt taman tasik permaisuri pun ape kurangnya..kawasan 'lelaki bersama lelaki'..huhu apelah nk jadik..

kami balik rumah pukul 4pagi..hahah boleh ke nk bangun besoknye nih??

EH! DA RAYE LAAAAA!!

SELAMAT HARI RAYA!! Berjaya jugak bangun pagi dalam kepayahan..hahah da name pun tido pukul 4..mmg liat la nk bangun! sarapan kami adalah ketupat daun palas dan gulai daging..


ketupat n gulai ni ayah yg buat..yela belah selatan ni susah nk jumpa ketupat cenggini..tp kami kan org kedah, kene la makan cara kedah..heheh..btw, makan pun x berapa nk lalu sbb dah biasa puasa kan =)..lepas sarapan, bukan nk beraya tp sambung kemas rumah..hahah sapa suh merayap semalam! alih2, pukul 12 baru kami beraya..

raya taun ni cam sunyi jek sbb along takde..along beraya belah bini dia..so kami 4 org jela yang tinggal..sepi2 pun, gambar bersepah2..haha tp ni aku buh sket2 jeklaaa..gambar indoor outdoor sume cukup! lepas tu, taun ni dpt dwet raye! haha adik aku la ni..dia cakap dh byk taun x dpt dwet raya..so ma n ayah pun kasik la kami dwet raya..mungkin jugak nk hiburkan hati anak2 yang x balik kampung..kehkeh..lumayan! btw, adik aku melampau ok..walaupun ayah n ma x bagi dwet raya taun2 lepas..adik aku shopping berbakul2 ok! ceh! same la tuuuu..eh, aku x bagi la dwet raya kt adik aku..huhu sok jela bagi!


smangat ok baju aku sama ngn adik aku..borong kt parkson aje..nasib baik ade sale =D

ni gambar raya roki..bising je ma nk ambik gamba ngn roki jugak..kunun family la tuh! mamat tu tgh sebuk tido, kitorang kacau dia..hehehe..time aku amek gamba ngn roki, dia da start marah dah..

masa ni roki dah menyampah sgt2 dah tu..tp aku paksa jugak..haha ala rocky, hari raye kan..mane bole marah2!!

habis ayah smayang jumaat, kami gerak ke alamanda..sbb tak masak apa2 for lunch..menggagau2 jugak nk carik tpt makan..last2 kami lunch kt secret resepi..sedap! lepas tu merayap2 la kt alamanda tu..g parkson la ape..x ketinggalan beli barang2 dapur kt carrefour..dgn pakaian raya pulak tu..erm, raya pertama g shopping..pelik..tp best!


sume da lapa time ni..lunch pukul 3 la katekan..mmg licin la! for diner, kami makan mcD aje..hehe

geng boria anak pakcik rahim..hehehe..da lame gile weh x pakai baju same ngn adek aku nih!

malam tu, kami ke kl lagi..round2 naik kereta..kali ni kami ke kampung baru..ayah tunjuk la tpt2 deting zaman dulu..masuk celah2 perumahan..ayah tunjukkan sekali kawasan yg kena bakar masa tragedi 13 mei tu..this time, balik pukul 1 lebih..insap, tanak balik kol 4 dah! hahaha

raya kedua, mak aku masak nasik ayam hainan..yang ayam stim tu..menangis woh aku makan..adik aku makan tah baper pinggan..enche shimi pulak bisin suh simpankan! mak aku cakap nnt tggu dia dtg beraya, mak aku masakkan semula..haa, tgk la camne ma manjekan enche shimi..over! raya kedua, kami byk melepak depan tv je..huhu..malamnye nk tgk muvie tp dah full..aku pun book la tiket utk malam esoknye..nampaknye, malam raya ketiga, kt alamanda ajelah kami..

tu je update super panjang..setidak2nye aku takde la lupe aktiviti2 aku sekeluarga bile raya kt kl kan? kepada sesiapa yg baca blog ni, selamat hari raya, maaf zahir dan batin yek..kalau ade aku terkasar bahasa ke apa dalam blog ni, aku mintak ampun dan maaf..kepada sesapa yg pernah cari gadoh ngn aku dulu, aku cakap sayonara ajela..FB korang sume aku dah delete..FB pasangan korang pun aku akan delete..bila aku takde amek tau hal korang, takde la aku rase cam nk maki aje..betol x? hehehe..sesape yg nk travel jejauh tu, drive baik2 ye..semoga selamat sampai ke destinasi!

kepada siti ku syg yg beraya jauh di perantauan, tabahkan hati ok..akan manje jamu ur parents sampai kenyang kt sini..heheh..luv u byk2!

enche shimi yang beraya kt penang tu, jangan noty2 tau..saye rindu anda berbaldi2..da la nnt nk otstesen pulak kan? kem salam kt mama ngn ayah..nnt bawak kereta hati2 taw..oh ye, roki kem salam..dia nk dwet raye katenyer!


salam sayang,

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

sayang =)

aku kan kuat? aku kan sarat dengan kasih sayang? =)

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

Lelaki sejati.

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,

tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,

tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,

tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja,

tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,

tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,

tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,

tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,

tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,

tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…



~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

mcm sotong!

entry kali ni takde kaitan dgn tajuk di atas ye..hehehe

Ada beberapa kawan bisin2 cakap aku dah jarang update blog..hahaha..igtkan takde yg sudi nk baca..rupenye ade jugak kan! terima kasih ya =)

sekarang ni mmg waktu2 hampir kemuncak utk sem ni..igtkan best bila ada 4 subject without final exam..sekali mmg x best ok..penatttttttttttttttttt..i think i prefer final exam kot..sebab tu la aku dok cakap kt fesbuk, nk sem ni cpt berakhir..tp cepat berakhir means segala-mala event cepat berlangsung..gila? mana cukup masa? so x jadi doa mcm tu..kihkih..

senang cite, sekarang aku bizi cenggini la..aku tatau la celah mana yg aku bizi sgt tu..tp mmg aku rasa x cukup masa..eh, dating sempat lak kan? hahaha..takde maknenyeeeee..berbuka sama..then x lama lepas berbuka enche shimi dah gerak balik rumah..tinggal aku terkontang kanting dgn segala esemen yg aku ada ni..still, aku tatau bizi celah mana..yg aku tau, otak aku asek berjalan je..badan penat..


blogshop aku pun x sempat nk update..gambar new item dah diambil..tapi belum ada masa nk edit and upload lagi..nnt la tggu aku lapang sket..tulah, nk tak nk aku kene pilih antara study dan bisnes..mestilah belajar tu menjadi keutamaan kan! kang x habis degree naya je..

pastu bile bizi ni, mula la aku meroyan nk berjalan2..perasaan nk g bersopping kt times square dah membuak2..sogo..jalan tar..tapi takde masaaaaaaaaaaaaaa..enche shimi pun kadang2 melayan je aku punye meroyan ni..mcm tadi, aku nk ajak g mines, tp dia penat pulak..so aku heret jugak g pkns blakang umah aku tu..hahaha..dia relakan ajelaaa..sbb dah tgk aku mcm meroyan semacam kan..

mmg manusia ni mcm ni kot..bila dah asik push push push diri (bukan bersalin tu ok)..akan ada satu tahap nk relax aje..nk kosongkan fikiran..mcm gambar kt bawah ni la..


tp pompuan ni muke sedey plak kan..haaa, aku nk cenggini punyer landing..tp muke senyum saiko..amacam? kehkehkeh..

ok2.
aku tau update aku kali ni amat mengarut..tp aku takde mud nk cite2 or cakap2 mende series..kalau korg tgk aku nyer to-do-list, mmg berjela ok!

semoga hari2 mendatang tidak menjadikan aku terlampau bizi..aminnnnnn..

salam =)

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin