MARI MENGIKUT

Me and you :)

Archives

gravatar

lega sikit..

lega sket after talking to my hun..
ermmmmm..byk lagik yg nk kene pk nih..
byk lagi..
thnx huney..tataw cmner nk ckp..tp raser sgt lega..even byk lagik mende nk kene pk..
i love u!

gravatar

tagged by bob!

7 Fakta tentang diriku? tagged by bob blog bervirus!

The rules:
* Link to your tagger and post these rules on your blog.

* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.

* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


1. PAKAIAN
simple..sgt gemar tshirt hitam (smpai huney tak bagi beli hitam lagik..uu)..hanya memakai jeans, jika tiada aktiviti formal..sgt2 x suka pakai kasut mahu pun kasut tinggi..selipar itu menyelesakan..asal, saya selesa, boleh laaaaahhh!

2.KAKI RAYAU
aktiviti di kala stress adalah merayau..pernah berjalan ke 4 buah shopping complex besar di kl (round every floor) dalam masa beberapa jam sahaja..selesa menaiki kenderaan awam..hujan panas, tak kisah asalkan aktiviti mencuci mata berjalan lancar..hoho

3.MAKAN
kecuali batu, kayu, BAWANG DAN CARROT..kalau makan jugak bwg dan carrot, bermakna masakan tersebut super sedap ataupun perut saye super lapar..lagik satu, makan ape pun sedap kalau dgn family dan huney..dan tanpa bertudung..hehe

4.KERETA
bersyukur dgn baby kancil..asalkan bebas bergerak, sudah lah!

5.GADGET
tidak memliki byk gadget..tidak juga menggilai gadget..asalkan kenal, pernah nampak..memadai..hehe

6.TIDUR
sgt susah tidur!! lagi susah nk bangun tidur!! tidur haruslah berkeadaan sempurna..berseluar pendek dan tshirt, atau baju tidur (segalanya tidak boleh panjang melebihi paras lutut..yg panjang akan dilipat)..berselimut..tanpa selimut, tidur tidak enak..

7.IKEA
suka tapi tak boleh sopping sakan sbb masih belum bekerja..*ney, nnt nk jenjalan kt sane!!*

Mangsa-mangsa berikutnya? x larat nk buh bebanyak, sesape sudi wat la yew..

1- myhunneybunny
2- ct
3- farihan
4- afik
5- misberry
6-
7-

gravatar

.......

i just need to write something..
but i dont have the exact content..
i just want my fingers to move..
move freely..stop not after finish writing,
but to stop until they feel numb..

gravatar

something..just something..

last nite, i watched a movie..x igt lak tajuk nyer..but it's all about a ventriloquist who kills whoever she needs tp make a perfect puppet..seraaaaammmmm..i watched alone, and i can feel my hands getting cold..mastura dah menjadi penakut kah???

teringat pulak zaman2 terendak, and KMJ..staying up till morning..not afraid of going to d toilet alone..and i even climbed the stairs (tangga yg senyap sunyi dan menakutkan) with the lights off..now mcm x brape nk brani la pulak..adeh! skang ni lagi la dasat..malam2, if tgk cermin lelame pun dah jadik takut..haih..weird!! maybe, lately ni asek dpt nitemare..even tido sekejap2 pun dah boleh mimpi dasat2..penat..

after sahur, i turned on the tv..this time ader citer sublime..the story looks simple, with light conspirational elements.. tapiiii..tetap seram! sbb mengenangkan seksaan yg lelaki tu terpaksa lalui..at first he's been scheduled to undergo colonoscopy..but suddenly, the doc salah fail..tak pasal2 dia kene undergo unnecessary surgery..which cause him suffer things he shudnt..legs amputated..haih..kesian!
then dia bongkar byk benda about the hospital..smpai last, he ended his life, jumping out off the building..tah naper la, seram bygkan if im in his situation..tgk how his wife cheated on him, they sell his belongings..seeing a wardmate being murdered..huhu..then, cam biase la, me gtido balik..nitemare lagik!!

lepas ni nk bace doa tido 20x la..uuuuu

gravatar

suke!

this week..agak busy..(mcm everyweek pown bz je?)
tp alhamdulillah, puasa kali ni, x lapar sgt..x haus sgt..seronooooookkkk jew..
semalam, ditakdirkan lab habis agak lewat..
dalam beg dah prepare keropok..rasanya sempat la tunggang keropok dalam keta sementara nk smpai rumah..huhu

huney masih di opis..keje banyak katenye..lagipun malam ni huney nk meronggeng2 bersame sahabat2 beliau di kl nun..

tibe2..
tau2 je huney ckp beliau dah berada di sebelah baby kancilku!! bersama nasik kerabu peberetku!!
apa??!!
bagai nk histeria tp terpaksa control sbb dok dalam lab..lalu tersengih2 la smpai org dpn tanye kenape..huhu

dalam kereta, semase menuju ke foodcourt..bukak pulak 1 bekas ni..popia basah??!! maka histeria lah daku sekali lagik..ouh..sungguh indah!

thnx huney, for the BIG surprise..
ssh pyh dtg dr kl, g bazar belikan food..then tggu smpai me habis lab..teman kan berbuka, then ngantuk2 drive balik kl..u r so sweet!!

p/s: nnt berbuka ngn my batchmates lak yew!

gravatar

hari ini..

at first, everything's fine..
window shopping..teasing each other..

in d middle of d day..
on our way back to bangi..excited..

evening..
movie..laughing all the way in alamanda (non-stop ok! ney jaat!!)..

breaking fast..
frustrated, moody, not really smiling (about half n hour jew..uu)..then, smile again..

early night..
brothers..teasing and laughing..

not-too-late night..
talking..smiling..loving and to be loved..

*smiling all da long*
*with u beside me, im happy for whutever happened*
*thnx for everything*
*love u*

gravatar

pengalamanku ~ lampiran 1

bismillahirrahmanirrahim..

setelah hilang penat lelah sepanjang minggu lalu, me kembali dgn post yang baru..kali ini berlainan, kerana apa yg me ingin kongsikan adalah mengenai adat kepercayaan yang berbeza..utk sama2 kita tambahkan pengetahuan, dan membezakan antara apa yg dibenarkan dan apa dilarang..pengalaman yang dilalui ni terasa begitu berharga..ceritanya begini..

khamis lalu, (5 sept)..diberitakan my chinese grandma (popo) meninggal..sakit tua..she had been warded for about 10 days..usia mendiang ketika meninggal dalam 81 tahun..(ni bukan popo yg dok same ngn me kt umah bangi..ni popo yg dok kt cameron highlands..)..ahli keluarga mendiang berpakat la ambik pakej kematian bernilai lebih kurang rm20k..baru la me taw, harga pakej kematian ni sesangat la mahal..adeh!! pakej tersebut meliputi upacara selama 3 hari..termasuk makan dan minum..keranda, pengangkutan, peralatan, pendek kata lengkap lah! upacara bermula dari hari jumaat..tp me x sempat balik cameron sbb ada kelas..maka, me tiba di cameron pada hari sabtu..

me smpai pada hari sabtu ptg..ketibaan me disambut mesra oleh sedara mara sebelah cina..mereka kelihatan duduk mengelilingi pasu sambil membakar sesuatu..nampak mcm kertas.. "apa tu ma?" tanya me kepada mak yg dah ada di sana semenjak hari khamis lagi..kata ma, diorg tgh bakar duit kertas..mengikut kepercayaan mereka, duit2 itu akan digunakan oleh mendiang di alam selepas mati..me jenguk kepala..emm, ada duit kertas yg menyerupai duit monopoli..5million setiap helai..ader beribu2 helai utk dibakar..wah! kaya lah popo nnt! ada juga kertas perak dan emas turut dibakar..kononnya, mewakili jongkong emas dan perak..unik kan? tp kami tidak turut membakar..kami hanya melihat..kata mak.. "kita x boleh buat semua yg diorg buat..apa yang mengikut adat, yang tidak menyimpang boleh lah..tp melibatkan agama diorg..kita dilarang mengikut" ..setelah lebih 25 tahun ma memeluk agama Islam, me tau, ma tak pernah campur aduk kan agama dgn kepercayaan..




me melangkah masuk ke dalam rumah..wow!! ada replika rumah 3 tingkat tersergam indah! semuanya diperbuat daripada kertas dan kotak..dekat bumbung, siap ditampal kertas berbentuk bulat..piring astro rupanya! bahagian pagar, ada pak guard seorang..me jenguk lagi dalam replika rumah yg tingginya dalam 2.5 meter..ada aircond kertas..set hi-fi..ada tv, radio, org gaji 2 org, almari bertingkat..mcm2 lagi la..semuanya utk dibakar..utk kegunaan mendiang..terus me keluarkan camera..




di luar rumah pulak, ada replika kereta mercedes..warna biru..siap ada driver di tpt duduk hadapan..mendiang nmpaknya akan hidup mewah di alam yg lagi satu..me cuma tersenyum..uniknya kepercayaan mereka..walaupun darah mereka mengalir dalam badan me, me tetap ingat agama me..semuanya me ambil buat menambah pengetahuan, bukan utk ikutan..

me jenguk keranda..dari luar penutup kaca itu, me nmpak wajah mendiang..sebak rasanya..tenang sungguh wajah mendiang..di bawah bibirnya dilekatkan sebiji mutiara..utk apa, me x sempat tanya..tp me pasti ada maknanya yg tersendiri..

pukul 5pm, bermulanya upacara mereka..walaupun puasa, me x terasa lapar dan dahaga..kerana me terlalu ingin tahu..apa yg akan mereka lakukan selepas ini?? pukul 5, mereka berkumpul di bwh khemah di luar rumah..keranda juga di luar rumah..kata uncle, mendiang meninggal di hospital (luar rumah)..maka upacara haruslah dilakukan di luar rumah..me mengangguk faham..org yg bertanggungjawab mengendalikan majlis mula menjalankan tugas..mereka akan bersembahyang sehingga jam 2am..selang beberapa minit, mereka akan berhenti makan..sambil memegang colok, mereka berdoa cara mereka..kedengaran seperti lagu..dgn alat seperti tudung periuk yg dilaga-lagakan, mereka kelihatan khusyuk..me dan keluarga hanya memerhati dari dalam rumah..ma kelihatan tenang..walaupun ma x dpt menyertai adik beradiknya di luar, ma tidak kelihatan terkilan..

hampir waktu berbuka puasa..hari masih hujan..kami tiada pilihan melainkan berbuka puasa di situ..mujurlah makanan yg disediakan pleh pakej terebut adalah makanan vegetarian..maka me x terasa was2 dan kami makan dgn tenang..alatan memasak makanan vegetarian juga tidak boleh terkena daging..bertambah lega la me mendengarnya..sedap jugak..rasa macam ayam dan daging..tp semuanya dari bahan sayuran..selepas berbuka, kami menyelit keluar dari situ dan menyempurnakan apa yg perlu..

setelah selesai sembahyang mereka yg pjg, bermula upacara bakar membakar..rumah, kereta, wang, doa dan sebagainya dibakar semuanya..utk dihantar ke alam lain..mak ckp, semasa upacara ini, ahli keluarga hendaklah mengelilingi tpt membakar, supaya hantu jahat x dpt mencuri apa yg telah dibakar..me senyum lagi..unik!!

selesai segalanya utk malam itu..utk hari esok..sambungannya selepas ini!






gravatar

pengalamanku ~ lampiran 2

hari ini hari ke-3 upacara pengkebumian mendiang nenek..pagi2 lagi kami dh berada di rumah popo..oh ya, lupa nk ckp, dari smalam, semua ahli keluarga memakai seluar hitam dan tshirt putih..seluar dan tshirt disediakan dalam pakej..tak perlu lah kami membelinya..

~seragam berkabung~

hari ini, popo akan dikebumikan..upacara bermula kira-kira jam 10 pagi..di hadapan keranda, terdapat meja yg penuh berisi makanan..juga, terdapat seekor babi panggang yang tidak dipotong2 kecuali dibuang isi perutnya..doa dibacakan cara mereka..kali ini, semuanya berpeluang memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang..dimulakan dgn anak lelaki..semua anak lelaki mendiang melutut, memegang colok dan menunduk beberapa kali..kemudian anak perempuan, menantu, cucu, cicit, dan rakan2..upacara ini dilengkapi dgn live band..dianggotai oleh 4 org..ada pemain trumpet, drum, dll..mereka memainkan muzik pendek sebelum dan selepas pengacara majlis memanggil mereka yg terlibat utk memberikan penghormatan kepada mendiang..me sebak masa ni..mengenangkan popo yang baik dan peramah..walaupun kami berlainan agama dan bangsa, popo tak pernah memilih kasih..setiap kali me memeluk popo, popo akan cakap "amoi, popo syg"..kami sekeluarga berdiri di belakang..tidak menyertai upacara itu..

me mengerling ke luar khemah..ada sebatang buluh, dan tulisan2 dilekatkan pada kain, dan kain tersebut diikat pada buluh..mak menerangkan..itu merupakan list nama anak lelaki dan menantu lelaki..maklumlah, yang lelaki merupakan pewaris keluarga..yang membawa nama keluarga..mak ckp, nama ayah pun ada kt situ..mak bacakan list tu, dan tunjukkan di manakah nama ayah..



kemudian, saat yg paling menyedihkan..keranda dimasukkan ke dalam kereta mayat..pada waktu ini, kami semua diarahkan berpaling ke belakang..itu pantang larang mereka..kami turut mengikut..tiada masalah..beberapa minit kemudian..kereta mayat mula bergerak..kami berjalan beramai2 di belakang kereta tersebut..kumpulan live band berada di hadapan sekali sambil memainkan lagu2 sedih..

me berjalan di sebelah uncle yang merupakan anak saudara popo.."uncle, kita nk pergi mana?"..uncle tersenyum.. "sekarang, kita sedang melalui laluan yg popo lalu hari-hari..ini utk memberi peluang terakhir kepada mendiang utk melihat2 tempat kebiasaannya utk kali terakhir"..me mengangguk..kelihatan mak mengesat air mata..begitu juga adik beradik mak yg lain..me juga merasa sedih..tiba2 ada 2 org lelaki berbangsa melayu..turut berwajah sedih..hmmm, baru tringat..mereka lah yg membantu popo melintas jalan setiap hari..tahun lepas, mak ada berjumpa mereka utk mengucapkan terima kasih kerana membantu popo melintas jalan dan membeli barang..popo fasih berbahasa melayu, maka popo peramah terhadap mereka, membuatkan mereka juga terasa akan kehilangan popo..

jauh kami mengelilingi pekan brinchang..kuat jugak popo berjalan sejauh ini..setelah lama berjalan, ada sebuah bas express sdg menunggu..bas itulah yg akan kami naiki utk ke tanah perkuburan di Tapah..lebih kurang 2 jam dari cameron highlands..

sampai di tanah kubur, kami beramai2 berjalan ke tapak pengkebumian..keranda dan popo sudah pun berada dalam kubur..kami berdiri beramai2..org yang mengendalikan upacara terus membaca doa cara mereka..me dan keluarga cuma menunduk..tiba2 wanita pertengahan tahun itu menabur beras, kacang hijau dan duit syiling kepada kami semua..semua menadah dgn ,menggunakan hujung tshirt masing2..kami tidak melakukannya, itu bukan apa yang dibenarkan oleh Islam..bagi mereka, bahan2 tersebut hendaklah disimpan..utk mendapatkan tuah, kata uncle..

kemudian, ada seekor ayam hidup pula dibaling..pakcik yang sulung berjaya menyambut ayam itu..setelah ayam tersebut disambut, ayam itu dilepaskan dan dibiarkan hidup bebas..masing2 mula riuh melihat gelagat ayam tersebut..

akhir sekali, kami diarahkan beratur utk memasukkan sedikit tanah ke dalam kubur..pantang larangnya, setelah membaling tanah, kami hendaklah terus berjalan meninggalkan kubur tanpa menoleh ke belakang..tangan yang memegang tanah juga tidak boleh dikesat atau dikibas.. "boleh ke ma??" me bertanya..ma mengangguk.. "dalam adat kita, kita juga ada masukkan tanah ke dalam liang lahad kan? ini cuma adat diorg..kita ikut utk menghormati adat diorg, bukan utk mempercayai apa yg diorg percaya..ingat tu" pesan mak di akhir penjelasan..kami pun turut melakukan..diam2, me mengesat tangan..me tak tahan..rimas rasanya tgn berpasir..huhu..

semua beredar tanpa menoleh ke belakang..sampai di wakaf berbumbung..semuanya berehat dan berbual..tiba2 semua pergi ke tandas..mereka menukar pakaian..berwarna merah! mcm hari raya cina pula rasanya..uncle ckp, itu utk menghilangkan tanda berkabung..kerana mereka dah pun menyempurnakan upacara 3 hari..baju putih dan seluar hitam itu dikumpulkan utk dibuang..kami juga bersalin pakaian..tapi, kami menyimpan baju2 itu..mak ckp, mereka buang baju dan seluar utk elak sial..kami pulak tidak perlu percaya akan sial ataupun tuah yang mendatang..maka, kami simpan baju2 kami..boleh pakai kt rumah nanti..jam menunjukkan pukul 2pm..dari sana, kami kembali ke kl..ayah tidak mengikut kami menaiki bas..ayah membawa kereta dari cameron..saudara2 cina yg lain..masing2 sudah kelaparan..yang pasti, babi panggang itu akan dijadikan santapan..kami yg berpuasa ni, mengucapkan selamat jalan, dan kembali ke bangi..

tamatlah ceritaku..pembaca sekalian..cerita ini dikongsikan utk menambahkan pengetahuan, tidak sedikit pun utk mempengaruhi kepercayaan terhadap mana2 agama..kita berpegang teguh kepada ajaran agama Islam, disamping memahami agama lain utk lebih menghayati Islam..segala yg baik dtg dari Allah, yang buruk itu dtgnya drpd saya..till then..

gravatar

beEn tagGEd??


{Tagged by Kak SherrY}

so... those who been tagged by me,

1. Copy gambar smiley kat bawah then post it into ur blog.
2. Tag pada min of 5 other bloggers [muslim] yang anda kenal who will then tag minimumnya pada 5 other bloggers.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka utk bgtau yg diorang dah kena tag.

Next to be tagged are:
1. farihan
2. mizzAmy
3. miss Berry
4. sis munji
5. bob blogbervirus

gravatar

SURPRISE!!

SURPRISE!!

it was fun to see his face..expression terkejut, mcm x percaya, mcm happy2 pun ader jugak..hahaha..it wasnt really a surprise at first..i wanted to meet him earlier sbb xsanggup nk tggu, rindu tahap melampau..jalan sure jam..and i have a free time..so, otak ni mula la ligat plan macam2..alhamdulillah, KTM n LRT were on my side..they arrived earlier than i expected..maka, smangat nk wat surprise tu lagi la berkobar2..mcm2 plan dah susun..

i have to make him be there! kalau x jadi parah laa..bukan dekat bangi ngn kl..uuu
berjaya!! we met exactly like i approximated..was glad to see him..and smpai masuk keta, huney still x percaya yang me ader kt sbelah dia..heheh..seronok!!

dis fella, he surprises me a lot! dari dulu smpai skang, ada jer akal dia..he can even make me scream (thp histeria ok..) with popia basah..dat kind of surprise, mmg xley lupe..i love it!! he made me a card, he sang me songs..byk lagik la!! haih, how can i not tell him dat i love him so much?? i hope..he will remain this way, like forever..

aduhhhh, missed u a lot huney..i need to see u..again..and again..

Blog Widget by LinkWithin