MARI MENGIKUT

Me and you :)

Archives

gravatar

one true love..

Assalamualaikum..sebulan jugak blog ni x ber-update yek..sekarang dah masuk minggu ke-4 usia perkahwinan kami. bagai mimpi jadi nyata. macam x percaya je. terima kasih ya Allah..

the journey..


..zaman berjiwang karatss..


..hari risik/tunang..

..hari kami disatukan..


..selesai kenduri..


..the honeymoon..

dari zaman couple hingga bergelar suami isteri, segala pahit maung telah kami tempuhi..yang manis kami kenangkan, yang pahit kami simpan dalam lipatan sejarah.

..the make up. memang best mekap dia. muka x berbiji2..very smooth..sapa nak, let me know nnt i'll give you her phone num ye..


..mini pelamin..love it..

..me and huby with 4 parents..

..the very bestfriend that flew all d way from medan. jadi pengapit dan terbang kembali ke medan. i love u!..

..the family..i wouldnt be this happy without them..they are my life, my everything..

terima kasih kepada yg sudi datang memeriahkan majlis. doakan kami bahagia sentiasa ya :))

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 20

SALAM..

WOW! ketika entry ini ditulis..saya hanya ada masa selama 3 hari sahaja sebelum menamatkan zaman bujang. sekarang ni mmg dah susah nk fokus kat tempat kerja. takut itu ini tak lengkap. well, biasalah tu kan?

sekarang, persediaan dah 90% siap. yang tinggal cuma benda kecik2 la. nk cari henna, nk kemas itu ini. itu takpe lagi. yang menjadi priority sekarang ialah kehidupan selepas kahwin. kami ni baru je dapat rumah. memang last minit sangat! tapi alhamdulillah, Allah dah atur elok je. memang rezeki kami dapat fully furnished house siap aircond, dengan tuan rumah yang sangat baik hati! baik hati tahap saya call ucap terima kasih byk kali. hehehe.

gambar persediaan, nnt2lah saya upload ya. itu pun kalau rajinlah. semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. semoga kami selamat dinikahkan. semoga kami sabar dan tabah mengharungi dugaan yang mendatang. semoga niat suci kami ini dilindungi dan berkekalan sehingga hujung nyawa.

ini mungkin KBP yang terakhir. atau kedua terakhir. terima kasih atas segala sokongan dan kritikan keluarga, rakan2 sekalian dan tentunya bakal suami saya, enche shimi. saya akan merindui saat2 membuat persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan. doakan kami ya :D

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 19

Pada hari entry ini dipublish, aku ada masa genap sebulan untuk buat persediaan majlis. wow, time flies! banyak lagi yang belum selesai sebenarnya. waktu2 macam ni, kami mula fokus kepada proses pembayaran. yang mana berstatus booking, kena bayar a month befor majlis kan. so caterer, dewan, pekej pengantin etc memang nk kena bayarlah. rabaklah poket bapak dan ma saye. kehkehkeh

untuk persediaan lain, memang honestly banyakkkkk sangat yang belum selesai. hantaran aku baru siapkan 3 dulang out of 11. 8 dulang lagi. adehhhh. nk hias2 tu yg makan masa. maklumlah, x terer kan..sobsob..tempah food untuk goodies pun belum. masih dalam fasa survey2 lagi. barang2 utk hias bilik pengantin, yang ada cadar and langsir sahaja. yang lain masih belum fikir lagi macam mana.

kt rumah pulak, ma n ayah dah panggil org repairkan toilet..pasang aircond kt hall, beli tikar etc..memang banyak nk kena kemas..rasa menyusahkan pulak. tapi nk buat macam mana, kalau buat majlis kt masjid pun, nk kena kemas rumah gak kan? hehe..

nk senaraikan kat sini memang x cukup ruang pulak nanti. pendek kata, persediaan tu memang banyak dan 'renyah'. itu ini nk kena fikir. nasib la ada family yang sgt sporting dan terlalu banyak menolong. Allah ajelah yg dapat balas semuanya. ;)

honestly, memang aku dah mula rasa berdebar. tak sabar nk selesaikan pun ada, takut pun ada, nervous lagi la ada! perasaan dah mula bercampur baur. rasa macam tanak tinggalkan bangi. rasa macam tanak kerja, nk dok rumah n spend time dgn family je..ish. susah lah nk describe. semoga Allah bg ketenangan utk kami semua melakukan persiapan dengan lancar..

ok, takat ni ajelah dulu. nanti aku update lagi yek..

p/s : minggu depan nk start pos kad kawen
p/s/s: lagi dua minggu akan ke penang utk pre-fitting baju utk majlis bertandang.
p/s/s/s: nervous lagi..haha

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

kan?

aku ada something nk bagi tau.

eh, takutlah nk kawen! haha tu je. dah mula rasa berdebar. tapi aku selalu cover je. kalau aku gelak gagah semacam tu, paham2 la ye :D

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

mengarut. jangan baca,

Nowadays, aku cepat terasa bosan bila berfikir pasal kerja. ape susah sgt aku nk sesuaikan diri neh? *tensi ngn diri sendiri*. kalaulah ada selepuk duit sejuta dua jatuh atas riba, komfem aku berenti kerja on the spot. dok rumah makan anggur macam raja lepas, jaga kucing, pastu tido. oh, layan laki jugak. haha.

aku rimas la, tiap2 hari rasa letih. pukul 9 tu rasa macam nk tido dah. nnt dah kawen pe sume macam mana? haaaa, ni yg aku risau sgt neh! ade jugak yg enche shimi wat keje rumah malam-malam kang. hikhik. tp awal2 aku dah cakap, kalau x dpt nk masak hari-hari, aku mintak mahap siap2. penattttt.

btw, aku saje je ngarut..sbb bosan sgt :). jauh di sudut hati, aku sebenarnya sgt bersyukur sbb aku dah kerja. tak perlu menganggur. few days lepas praktikal dah dapat offer. final sem result belum dapat lagi aku dah mula bekerja. alhamdulillah. sekarang ni aku cuba positipkan diri. hari2 pergi kerja aku sengih dalam kereta sbb nk happykan diri sendiri. siap bukak radio nyanyi kuat-kuat (dalam kereta la). aku kene sabar, baru sebulan kerja kan. nanti lama-lama oklah tu. semoga aku cepat dapat sesuaikan diri dgn alam pekerjaan. aminnnn.

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 18

KBP is back! ade few friends yg dah tanye, ape progress? almaklumlah senyap sikit kan lately ni. sume ok. slow, but ongoing. so kali ni saye nk cite pasal benda yang x susah, tapi leceh nk sempurnakan dia. yaaaa, say hi to procedures!

macam biasa, bila nk buat permohonan nikah, kenalah isi borang kan. bagi saya, ini antara part yang saya rasa leceh nk buat. haha. tapi bila push kan diri, siaplah juga akhirnya. borang dah lama ada dalam laci tu, tapi nk siapkan tu. memang bercinta! apa pun, borang lelaki kena siapkan dulu, barulah saya proceed dengan borang saya. terima kasih sangat-sangat kepada individu yang membantu saya dan enche shimi melengkapkan borang2 tersebut :)

kepada yang masih dalam proses siapkan borang ni, call aje jabatan agama masing2 untuk mintak penjelasan tentang apa yang perlu dibuat. rujuk website jais pun boleh juga. semoga berjaya :)

pada masa ini, borang kami sudah selamat dihantar ke jais.


alhamdulillah. selesai satu perkara. semoga semua urusan dipermudahkanNya. sekarang tinggal lagi sebulan dan 3 minggu. dah tak lama tu. dah kena manfaatkan semua weekend yang ada. btw, kad jemputan dah pun siap. dah mula hantar pun. tapi masih dalam proses kumpul alamat lagi la..nanti kalau ada progress, saya update lagi ok. sekali lagi diingatkan, tiada niat bermegah dan sewaktu dengannya. hanya catatan saya, untuk kenangan dan rujukan di kemudian hari. have a nice day!

p/s: dah beli barang2 hias hantaran
p/s/s: dah secure tok kadi.
p/s/s/s: keluarga masih berbincang nk tambah itu ini utk catering etc.

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

kerja?

WORKING = TIRING! ok, aku meroyan. tapi betollah, bila kerja ni mmg rasa letih sgt. otak ligat je dari pagi sampai petang siap bawak ke malam. memang itulah hakikatnya bile bekerja. akan ada masa seronok, akan ada masa malas, ada masa tertekan sangat2, ada masa rasa down. kena marah dengan bos lagi. memang macam-macam. tapi bergantung kepada kita untuk mengawal emosi dan menguruskan kerjaya kan?

bila dah kerja, balik rumah je dah penat. sampai nk dekat pukul 7, atau malam. pukul 10pm, mata dah mula layu. kena cepat-cepat iron baju dan tudung supaya esoknya tidak terkocoh-kocoh siapkan baju utk dipakai. itu kalau kita hanya kisah pasal kita. kalau kita berkeluarga? (bg perempuan) nak kena uruskan makan minum keluarga, lipat baju segala. haih, respek la kt parents yg bekerja.

aku? bukan mengeluh. aku masih dalam fasa menyesuaikan diri dgn alam pekerjaan. baru sebulan bekerja, aku rasa mcm letih sangat hari-hari. tapi seronok jugak rasanya sbb hari2 aku kan menghadapi cabaran. cabaran kerja. semoga aku akan cepat sesuaikan diri dgn environment kerja. semoga aku diberi kesabaran dan kematangan untuk terus bekerja dengan lebih bersemangat.

btw, aku suka kerja aku :)


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day seven: ten important people

i absolutely love this! sila abaikan turutan, sbb semua 10 org ni mmg penting dalam hidup aku. sama penting which sorang takde, hidup aku x lengkap <3

1. ayah
2. ma
3. along
4. mimi
5. enche bakal suami
6. kak ida
7. ilman
8. fatih
9. tok
10. popo

yg lain, saudara-mara, sahabat karib, korang mmg penting dalam hidupku. tapi mende alah ni nk 10 je kan. ape pun, take care wherever u are. i love all of you <3

mode : spread the love!



~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day ten: ten final words

i would like to say thank you for loving me!

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day nine: ten ways to win your heart

my heart? eh agak2 kalau disclose ade ramai nk win my heart ke? kahkahkah. statement mintak lempang. tp since saye dah berpunye, saye btau ajelah. layan ajela yeeeee selagi ada mood nk update ni..

1. Hormatkan family aku
2. X ikut bontot aku sgt *maksud dia xde la manjang nk kene ngikut je, cpt rimas ah. huhu*
3. msg me every morning secara istiqamah. msg good night as well
4. tidak mengongkong
5. tidak gila sex. x perlu laki maniac pls.
6. bila aku happy, jgn dengki tapi tumpang happy
7. suke buat surprise
8. suke melayan aku nk g jalan kt mana-mana
9. x kontek pompuan lain suka-suka time keluar dgn aku
10. Jujur


Amboi, sedap mulut main petik je ayat nampak? hehe. saje je ni. ape pun, jadilah diri sendiri. kalau dah jadi diri sendiri pun masih x ngam ngn aku or sape-sape pun la kan, mungkin ada yg x kena. so, dats all for now. ngantuk sudah :DD

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day eight: ten of your favourite songs

so now it is all about the songs i like. semenjak dua menjak ni mmg byk dgr lagu. tp utk screening, nk guna for few purposes. so lagu2 haruslah yg cute2! eh tapi lagu yang sedih2 or jiwang tu pepaham lah ye, lagu buat layan mood namanya. jadi apekah 10 lagu yg menghantui hidupku sekarang ni?

1. I do. oh this is super cute!
2. Our song
3. mine
4. kimia
5. perfect two
6. kau ada dia
7. the lazy song
8. Cinta sempurna
9. diary seorang lelaki
10. sehidup semati


ada byk lagi tapi sepuluh aje dulu ye. aku ni pesen suka ulang2 dengar lagu lama. yang mana aku minat tu, memang aku akan sentiasa ulang2 dengar walaupun selepas beberapa tahun lagu tu keluar. cthnya macam gemawan. dulu aku hantu lagu tu. zaman lower form. sekarang pun masih dengar lagu tu, siap ulang2 lagi. oh btw, 10 lagu tu mmg lagu repeat je skang ni. hehe

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day six: ten items you can’t live without

yeah. i like this one. let us see the things that are really important that i cant even live without them. haha

1. Sarung bantal busuk
2. My phoneeee. wajib!
3. My lappy
4. wallet
5. money
6. food. serious nih.
7. perfume
8. mirror
9. sikat
10. kipas. haha

part sarung bantal busuk tu mmg aku seyes weh. xde dia susah sangat nk tido. hish. semoga aku boleh bpisah sket2 ngn dia. sian enche shimi kang. haha


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day five: ten wishes

wishes. hajat. mesti semua orang ada hajat masing-masing kan? tapi ini tidak termasuk hajat yang 'melepaskan hajat' tu la kan. toilet-toilet punya cerita, simpan sendiri ok! bila cakap pasal hajat, i can write u a long list. serious! tapi takpe, nk sepuluh je kan. apakah hajat saya? :P

1. semoga segala urusan perkahwinan berjalan lancar *skng mmg ni je. haha*
2. berhajat nk dapat kenaikan gaji yang best
3. dapat diserap as permanent staff cepat2
4. nak mekap kereta sket2. btw, berkenan jugak bulu2 kt dashboard. kihkih
5. berhajat nak jadikan enche shimi bahagia sentiasa
6. aaaa, ada duit runtuh dari langit? so aku bole sopping sakan.
7. nk jual sume baju NOG tu cpt sket. bole renew stok. theehe
8. nk kesihatan yang baik untuk saya dan enche shimi
9. lemak2 kt badan ni hilang cepat
10. semoga ada peluang buat 100 hajat lagi. heheh

itu ajelah. memang macam merapu kan. alah, sekali sekala apa salahnye. eh, gotta go. x siap2 pergi gym ni :)


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day four: ten things you want to say to one person

wokay, 10 things aku nk cakap kt seseorang. sorang je bole eh? huhu. sape ey..emmmm, oklah, let it be enche shimi. senang cerita.

1. i love u. like seriously love u.
2. semenjak dua menjak ni kita mmg selalu stress, maklumlah dah mula nk pikul tanggungjawab itu ini. jom kita banyakkan bersabar ok :)
3. Saye mintak mahap kalau saye ade wat salah pape. yeah, byk wat salah. huhu
4. dah lame x tgk muvie! bile saye dah sehat jom layan muvi?
5. rindu nk buat bende2 best mcm men lelayang, bg makan ikan, merayau2 sesaje, piknik dll.
6. saye still teringin kek sikret resepi. x dapat makan lagi.
7. eh, lagi 2 bulan 3 minggu!
8. rindu nk sopping pelis!
9. x sabar nk tggu gaji 1st, nk belanja family dan kamu makan besarrrr :D
10. jgn salu majuk pelis!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day three: ten things you hates

owkay. it says day three but ofcourse im not following the days thingy. haha. so let us see the i-hate-things.

1. a liar
2. my ex
3. i hate it when someone is trying to wash my sarung bantal busuk. theeehee
4. mamat gatal gila seks
5. my ex boss
6. sadness
7. jarum suntikan. haha. tapi aku suke menderma darah. macam mana tu?
8. saya benci road blocks (at this moment)
9. stalker. stalker jahat la. stalker baik dibenarkan.
10. saya benci bila duit saya habis (padahal sendiri yg habiskan)

sebenarnya x lalu sangat nk tulis benda2 yg aku benci. sbb memang x suke kan. huhu. ape pun, let us be positive okeh! happy friday peeps!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

3 years and counting :)

three years!

three wonderful years!!

Happy 3rd anniversary dear honey. This is an auto-publish entry as im still in Tioman with family at this hour :)

Wow! macam tak percaya, dah 3 tahun kita berchenta kan syg? Time flies and now leaving us counting for the day. the very big day of ours. rasa macam baru semalam berkenalan. rasa macam baru semalam berjumpa buat kali pertama. tak sangka keserasian kita ni berjaya bawa kita ke peringkat seterusnya, dan insy akan ke peringkat yang lebih hebat! :)

mungkin tahun ni last kami sambut anny 4 july. lepas ni sambut anny baru la pulak kan :))). at this point rasa sangat bahagia dengan segalanya tentang cinta. yang manis pun bahagia, yang pahit pun bahagia. semoga Allah kekalkan perasaan macam ni sampai bila-bila.

to honey, terima kasih sbb bahagiakan b, buat b happy selalu. I cant imagine my life without u. x sabar nk explore hari-hari mendatang dengan ney. nk bersama-sama dengan ney sepanjang masa, ketika susah senang jatuh bangun ney. happy 3 years again syg.

i love u :)


The more I think about it, the more I realize there is nothing more artistic that to love others



~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

day two: ten things you love

wokey. day two. 10 things i love. things eh, bukan orang =P

1. My tangki oksigen (sarung bantal busuk)
2. My phone. ni tahap nyawa.
3. Piano
4. Mesin jahit (portable) tp malas nk jahit sebab kene keluarkan then simpan balik.
5. Lappyku yang berjasa. susah senang aku dgn dia :')
6. My gold ring. tanda kasih sayang saya dan dia direstui dan akan dibawa ke tahap seterusnya <3
7. My NOG. i love my business very much!
8. My car. bapak aku belikan. *malam ni bawak g basuhlah*
9. My room. cozy room dgn bantal tilam sedap, aircond kipas toilet segala. nicely arranged in white, pink and purple :)
10. My books. I love reading them!

bila cakap pasal barang ni, mmg byk sentimental value tau. mcm surat2 ex aku dulu. hadiah2 dari kawan2 semua, memang aku sayang sgt2. aku akan pastikan aku bawak barang2 yg aku syg berada dalam keadaan baik sentiasa, suapaya aku ada sesuatu untuk ditatap di hari tua. :D


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

The 10 things game! day one.

Oh my I'm bored! so let's play this game. eh i copied this from my friend's blog. Lupe lak her link. dat day i randomly hopped to her blog jek. huhu. Ok, this is not a gamelah. ini pengisi masa lapang nama dia. hehe

day one: ten things about you
day two: ten things you love
day three: ten things you hate
day four: ten things you want to say to one person
day five: ten wishes
day six: ten items you can’t live without
day seven: ten important people
day eight: ten of your favourite songs
day nine: ten ways to win your heart
day ten: ten final words


day 1 : ten things about you (i mean me)


1. im fat. haha
2. manja. melampau.
3. aku mencik lelaki gatal
4. aku suka makan nasik *obviously linked to #1*
5. pencinta kucing
6. a pianist
7. a bride to be
8. anak ayah
9. i love arts
10. will start working by july. yay! alhamdulillah..

itu saje for today. insyAllah yg lain akan disambung kalau aku rajin. KALAU. kehkehkeh. oklah, better sleep now.


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 17

Wah, dah kisah 17 ek. hehe more to come!! Ok, untuk hari ini, kami sekeluarga ke Jalan TAR. Sepatutnya aku dan enche shimi berjumpa pada hari ni, nk tempah kad jemputan, ambil baju nikah dsbgnya. tp dia x jadi datang..sobsob. so, saya dan keluarga proceedlah dengan plan kami. misi kali ini : Langsir!!

FYI, family aku ni bukan jenis semangat2 tukar langsir atau perabot baru setiap tahun. langsir sekarang ni dah nk dekat 6-8 tahun usianya. haha. berbalik kepada cerita asal, mak aku dah buat keputusan, apa pun yg terjadi, kami akan tetap beli di Nagoya. mak aku cakap, survey2 ni buang masa. dengan ketegasan seperti melunaskan azam tahun baru, kami pilih2 dan terus bayar! ok, selesaiiiiiii!

Besok, enche shimi akan dtg rumah. harus beli kfc dulu (sbb dia nk kan sgt transformers punya laptop cover tu)..lepas tu kami nk g tempah kad jemputan. lepas tu, ambik baju nikah. lepas tu, aaaaa lepak2 je..a movie perhaps? kihkih

oklah, takat ni dulu update dariku. nnt bile2 angin rajin dtg, saye hapdet lagi yep.

next : dalam masa 10 hari sebelum saya mula kerja, saya nk lengkapkan segala-mala borang yg perlu dilengkapkan!


p/s: enche shimi, sory sbb saye moody tahap gaban hari ini. :(


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

wokeh, tutup cerita praktikal!

salam semua. fuhhhh tiup habuk sat! yaaa, saat aku type entry ni. aku dah habis praktikal. dah tamat degree. dan dah dapat kerja. alhamdulillah :D

aku praktikal dekat perbadanan putrajaya. bahagian perhubungan awam (PR). yes, memang bidang aku. well. kenangan praktikal mmg manis. tpada jugalah dengan kenangan pahit. aku malas nk ulas. pokoknya, byk gila yg aku dpt belajar. semua benda yg aku dok jawab exam la, hapal2 la, aku boleh tgk live! haha

ni ada gambar sket. jemput tgk ye :)


..me n kak zuraida. she's d designer in PR..

..along & angah rajalawak. I like them! ending dia, dpt gak aku bergambar dgn diorg..

..during soft launch floria. baju purple tu is the corporate wear. aku pinjam baju yg tak bertuan. haha

..me, during the media night. i was incharged with d registration counter. super like!..

..some of the colleagues. Thanks for everything friends!..


Habis je praktikal, aku pulun siapkan report dan alhamdulillah dah slamat dah present sume. tggl nk tggu hard cover siap je nih. apa pun, aku lega sekarang dah habis belajar. masa yg ada sebelum masuk keje ni, aku nk gunakan utk berehat dan setelkan mende2 nikah sume. well done mas, and hello masters!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

isi masa lapang.

1. apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

Kalau orang, mestilah family dan tunang haku. Kalau benda. Erm, fon dan lappykuuuuu~


2. benda yang terakhir korang beli guna duit sendiri?

Kuih vadey kt kefe. Rm2 sudeh.


3. dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
takde ingin2 dah..mmg dah book..haha..kenduri aku kt dewan..tema? standard majlis perkahwinan melayulah. Warna tema tu, seperais!

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
mestiiii..sentiasa!

5. berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?

Akan? Erm, forever n ever la jawabnye. Rambut grey pun nk jln pgg tgn pls!


6. novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
majalah pengantin. Novel, emmm novel danielle steel la musti.

7. dimana korang selalu jumpa dengan kekasih korang?

Mana2 jek..kt rumah pun jadikkkk..

8. apa name penuh korang?

Mastura abd rahim. Simple je.

9. antara mak dan ayah mana yang korang lebih mesra?
ayahhhhh! Aku anak ayah plis!

10. namakan yang betul2 korang jumpe dalam hidup korang?

Soalan x jelas la. Buduh.

11. adakah korang basuh baju korang sendiri

Mesin basuhkan weh.

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Aku Cuma nk duduk rumah je. Hahah baik x?

13. pilih satu, peluk atau cium?

Both pls!



14. beritahu 3 bende tentang orang yang tag korang?

Dia cantik

Dia baik

Dia rajin

15. 5 bende yang korang sayang sangat dalam hidup korang.

1. buku saye

2. cincin saye

3. kereta saye

4. fon saye

5. lappy saye

*eh, benda kan? bukan orang kan?*


16. 5 lagu yang korang suka dengar

Aku suka byk lagu so malas nk senarai :P


17. bila tarikh lahir korang dan dekat mana korang sambut tahun lepas?

12 feb..sambut kt rumahlah semestinya. Family aku jenis suke buat makan2 sambut besdey ni. Dengan enche shimi lain cerita la kan <3

18. 5 orang blogger yang kamu nak tag

Sape2 nk buat pun bole. Buat ajelahhhh..

19.cerita sikit blogger ptame yang korang tag

Sbb aku x tag org so aku tade ape nk cite..haha babai!


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

kerja tangan yang x seberapa.

ini gambar basi. ok, inilah baju jahitan aku yg dipakai oleh adek aku..mmg jahit utk dia pun..ada beberapa helai lagi otw..walaupun sebenarnya aku hanya perlu sehari lebih je nk siapkan sepasang baju kurung..masa memang takde..makanya, sepasang tu ambil masa berminggu2 mahupun berbulan2..hahaha

amacam? ok ke?


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 16

Phew, 5 Jun memang penat aku dan family menghadiri kenduri-kendara. 3 buah rumah semuanya. Tahap ketegangan perut? Malas nk ceritaaaaa..

Lepas kenyang perut, saya, mak dan ayah terus ke nilai3. Biasalah, waktu-waktu sekarang ni nilai3 adalah penting! Cadangnya nk sebat cadar, langsir, survey goodies etc.


gigih sungguh my mum tu. Langsir 1 rumah kami nk tukar. alah, bukan setiap taun pun tukar kan..aku rasa langsir tu dah 5-6 tahun jugak. hehe. Apa pun, cadar dah selamat dibeli. cadar cotton memang mahal kan? aku tak suka la satin2 ni..panassssss..sekarang bilik aku pakai cotton pun kekadang peluh..apetah lagi satin kan..

ending dia, kami x la beli semua..plan nk ke jalan tar lagi seminggu dua. plan jelah kannn..yang penting preparation mmg ongoing..takdelah lama sgt tak buat apa-apa kan..oh ya, sebut pasal preparation, aku dah pun berbincang dengan videographer. selamatlah plan itu ini. bila nk shootingnya tu, belum confirm lagi. aku sukalah kerja dia, cute jek..nanti dah selesai majlis baru aku reveal okehhhh..

so, takat ni la dulu..apa-apa nnt aku update lain.

utk semua B2B, take care and stay cute!

p/s : lepas ni bapak aku nk p usha tok imam, amek borang etc. tah! pening plak aku nk pk!

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

jawapan KIV dari zaman sekolah dulu.

Dari dulu aku selalu berfikir. apa yang aku nak jadi? apa yang aku nak capai? cita-cita aku dulu nak jadi surirumah. haha. kelakarkan? entah macam mana aku lancar je cakap surirumah bila parents aku tanya. well, ini masa kecik-kecik dululah. sekarang? macam-macam aku nak jadi. dan taklah memalukan sangat cita-cita aku ni. errr, aku rasa begitulah.

dulu tak pernah terlintas aku akan ambil jurusan komunikasi. nak lebih spesifik lagi komunikasi korporat. serious dulu aku tak pernah tahu akan kewujudan jurusan semacam ini. masa mula-mula dapat tahu pun aku rasa macam..emmm comel..unik! tak sangka, memang betul-betul comel. comel sgt! aku sudah pun jatuh cinta dengan komunikasi korporat. aku suka pergi kelas, aku suka buat assignment, aku suka presentation dan segala macam event atau pprojek yg kami kena buat.

sampai satu tahap, akhirnya, aku dah bulatkan hati nk terus kekal dalam bidang ni, menuntut ilmu ke tahap tertinggi dan sebarkan semula semua ilmu yang aku ada. aku akan masuk industri dulu cari pengalaman lepas itu barulah yakin nak kejar cita-cita aku.

aku nak jadi pensyarah. nak belajar sampai PhD. itu cita-cita aku.


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

KBP : Kisah 15

selamat petang sayangs sekalian! ni update ringkas ajelah..sbb x byk menda pun yg aku buat..last weekend aku ke nilai3 bersama enche shimi..lace utk baju pengapit x cukup la pulak..sian siti aku tuh nnt sebelah tgn takde pulak kannnn..well, nilai3 mcm biasalah..panas terik!

kt sana, beli kainnye kejap je..yg lama tu merayap..g tgk mainan lah, makanlah..mcm2..janji puas hati sbb setel beli barang yg aku nak..actually aku risau gak sbb kain family aku semua beli kt kedai yg sama..tp tailor takde call cakap kain x cukup..haishhh, semoga cukup aje..huhu

lepas tu, skarang aku tgh susah hati pasal photographer pulak..photog aku tibe nk g oversea masa tarikh aku tu..tenggadah pulak aku carik photog baru..nk carik yg cantik mmg kene buat research byk la kan..huhu..doa2 kan la semoga aku cpt2 dpt photog yg bagus..

hari ni pulak, aku baru lepas booking kumpulan penari kanak2 utk reception nnt..pekej dia x la mahal melampau..free ushering lagik..ok la tu..bole jd flower girl merangkap penari kan..well, penari kanak2 ni best sbb diorg cute, dan tak bole menggoda enche shimi sbb diorg budak..hahaha

till then, tata love!

p/s : baju nikah aku longgar sudaaaa :D

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

pemeraman hebat!

ini kisah peram ceritalah! kehkeh. ok, aku nk promote tempat ni sambil tules2 la ape yg aku dah buat utk kenangan di hari tua kelak (kalau blogspot wujud lagi la kan).

kan aku ade buat seperais candle light dinner utk enche shimi. ni la die gambor2 nye..ptg tu, enche shimi dtg tpt aku praktikal..kt situ adela aku buat gimik pape yg patut..tipu dia sane sini..tp ending dia mesti happylah, dia dapat hadiah. ok, tamat..eh, belum!

ni gambar mase aku nunggu enche shimi sampai..


bile enche shimi sampai, dah selamat dpt hadiah, aku heret dia p toilet bersiap2..tukar baju, spray wangi2 sket..then pufffffff! kami lenyap dari kawasan opis aku, menuju ke Mangiamo! Cafe. lokasi dia kt equestrian park, putrajaya. aku suka sbb tpt tu cam x ramai orang..btw, sume2 aku dah booking dah a day before..


sorry, gambar blur..btw, lilin tu dah terpadam sbb aku request suruh dia bukak kipas..hehe..tp mmg best! kelopak bunga ditabur-tabur kt atas meja dan lantai..geram pulak aku tgk! semua fresh flowers..yg bestnye, diorg siap prepare bunga rose, suruh enche shimi bagi kt aku..aku yg treat dia, aku pulak yg dpt bunge ros :D

makanan dia mmg superb! excellently cooked! bukan tahap nicely lagi dah..harga pulak murahhhhhhh..sapa nk tau, emel aku k..nnt aku forward pekej dia..jom aku cerita bab makan plak..sila telan air liur k..sapa2 yg puasa ganti tu, mintak mahapppp..

appetiser : prawn cocktail salad. sedap gilaaaaaa! ni yg aku stress ni..baru cite bab appetiser aku dah teringat2 dahhhhh..


Lepas tu, soup pulak..ni dia nama menu tu..Shrimp Bisque serve with Garlic Bread..omg. kenyang ok makan ni...kalau aku tau, aku cut off salah satu dish..tp x bole weyh..sume best! x sanggup nk cut! soup dia very rich..mmg likat..slurrpppppp..ok, stress level 2..



habis je makan soup, sambung ke main dish pulak..masa ni kami siap bangun berjalan2 kt tepi meja tu, bagi makanan turun..haha..

enche shimi punya : Sirloin Steak serve with Mushroom, Black Pepper or BBQ Sauce

aku punya : Pan Fried Salmon serve with Ginger Lime Sauce


sangat mengenyangkan! tebal, nicely cooked! huhuhu nakkkkkkkk! *stress level 3*


oh this baby salmon..eh, ni bapak baby..seriesly sedap..aku siries ni! memang sedap gila. nampak je macam sepotong, tp dia punya kenyang tuuuuu..

habis je makan, mai dessert pulak.. Warm Apple Pie with choices of Ice Cream serve with Sweet Mint Sauce. tu diaaaa.. tp sedap ok! apple pie ngn ice-cream mmg sepadan lah. actually aku dah kenyang dah..tp x baik la membazir kan..pulun gak menyumbat..


tiba2 pulak org cafe tu dtg bawak kek sepotong..yg ni takde dalam plan..diaorg bg free jek..yg ni mmg x boleh blah dah.,aku ngn shimi mmg x termakan..tp sbb org bg susah2 kan..takkan x habis pulak? pulunnnn..


tahniah kepada kami berdua sbb berjaya habiskan makanan..mmg tak larat nk habiskan tp kenalah kan..membazir tu kan x baik..aku rasa cafe tu servis dia ok..environment pun ok..ramai dah mintak pekej dia kt aku mase aku publish kt fb..harga dia mmg murah. x percaya pun ada..tp makanan dia superb!

..lepas kenyang, haruslah posing aje..kan??..




so, itu jelah coretan untuk kenangan aku sendiri..aku tak berniat nk bermegah2 ke apa..cuma aku tulis utk diri sendiri..kalau sapa2 yg baca tu tade hal la kan..yang penting enche shimi happy sgt! dia pun x sangka aku buat seperais kt dia..

to my sayang, i love u. insy next year kita sambut birthday as husband n wife pulak ye <3

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin