MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

pengembaraan BATTY

igt lagi akan aktivti kesokaan saye dan encik shimi iaitu bermaen lelayang? haaa, layang2 tu kami namakan sebagai BATTY..ahad lalu, Batty telah menempuhi siri pengembaraan yang hebat! malangnye, xde camera pada petang itu tapi harapnye kalian paham la cerite ini yek..

ahad itu kami bertekad mahu bermain lelayang..mcm biasa, kami menuju ke taman tasik cempaka yg permai..great, port biasa kami menanti dgn keadaan yang baik dan kosong, tiada org..dgn penuh harapan, huney pon mule nk pasang lelayang..sekali, besi2 tertinggal kt rumah daaaa..dgn pantas, kami pulang ke rumah, ambil besi2 tersebot dan kembali ke taman cempaka dengan kelajuan cahaya! ok, itu dusta, sebenarnye dalam masa 10 minit..

kami pun berjaya memasang lelayang..sebelum itu, huney telah membeli alat utk mengarau tali lelayang..ala, yg rupenye mcm benda nk karau tali pancing tu..kami juga telah bertungkus lumus menambah2 tali sampai panjangnya boleh dikatakan seratus meter lebih!

nasib x menyebelahi apabila sebahagian komponen telah patah ketika huney edjas2 nk bubuh tali..takpe, masih boleh menaikkan lelayang..lalu kami tersenyum melihat lelayang terbang tinggi..sehingga i begitu tamak, ingin melihat lelayang terbang hingga kami kehabisan tali..huney menurut..i lepaskan tali sedikit demi sedikit sehingga tanpa disedari, tali tidak terikat pada alat tersebut dan terus terbang bersama lelayang..kejar, tp x dpt!

namun, kami masih boleh melihat kelibat Batty yang terawang2 di kawasan perumahan..kami bergegas ke sana dengan menaiki kereta..mujur, tali Batty tersangkut pada pokok, menyengkang kabel talipon, dan juga tersangkut pada pagar..huney berusaha keras! macam2 cara kami lakukan setelah kami terjumpa punca tali..nasib baik x melayang dan hilang terus!

setelah berpenat lelah membaling sana sini..membongkok, memanjat, melompat2..akhirnya kami berjaya mendapatkan Batty..setelah segalanya selamat, i menggulungkan Batty dan memasukkan Batty ke dalam plastiknya dan kami pun meneruskan perjalanan kami dan kegembiraan kami..welcome home Batty! thnx to huney yg x berputus asa membantu mendapatkan Batty..weeee, nnt buley main Batty lagik!!

Love, m.a.n.j.a.m.a.s.
~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

hehehhe sungguh seronok...misi menyelamat batty...

Yang penting...KERJASAMA!

gravatar

iyeee..kite adelah wonderbats!!

Blog Widget by LinkWithin