MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

cuma untuk aku.

Aku melihat jam dinding yang dibeli di Ikea pada tahun lalu. Tik tok tik tok. Hmm, sudah pukul 1 pagi. Aku membetulkan susunan nota-nota semester lalu. Biasalah, semester baru sudah dibuka baru aku kelam kabut mengemas nota lama. Arghhh, kucing keluargaku tiba-tiba berbaring di atas timbunan kertas yang sedang dikemaskan. Kacau! Aku tolak dia ke tepi, dengan gagah aku mengalihkan timbunan kertas tadi. Separuhnya akan dihantar ke tong kitar semula, separuh lagi akan kusimpan sebagai rujukan di hari muka. Sekali sekala aku mengerling ke skrin telefon bimbitku. Selalunya lampu hijau pada telefonku akan berkelip-kelip menandakan ada panggilan bakal tiba. Tiada. Hitam gelap semuanya. Aku faham, mesti si dia sudah tertidur kepenatan. Ah, esok sahajalah merajuk! Aku kemas rapi semuanya. Penat, aku berbaring di sebelah adik yang sudah lama tidur. Sebaik sahaja aku ingin pejamkan mata, telefonku menjeritkan lagu Ruang Rindu. 

"B, ney dah nak tidur..blablabla"

Aku tersenyum. Esok tak jadi hendak merajuk. Aku sudah boleh bermimpi indah. Mungkin itu adalah perkara paling remeh yang akan dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi siapa tahu itu adalah  perkara paling bermakna buatku untuk menutup cerita pada hari itu. Setidak-tidaknya aku gembira sebelum aku menutup mata, tanpa mengetahui apakah hari esok masih ada. Terima kasih sayang kerana memberi aku kebahagiaan sebegitu.



~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

Salam, Mas..
Sudah agak lama angah tidak 'menjelajah' dari satu blog ke satu blog. Sudah lama tidak berkunjung ke sini. Angah suka catatan Mas kali ini. Orang kata, bahasa skema... tetapi bagi angah, bahasa yang Mas gunakan kali ini 'manis' dibaca... :)

gravatar

hehe fahammmmmm..mas akan cuba gunakan bahasa skema dengan lebih kerap =)

gravatar

soreee selalu tertido....kadang2 tu tak sedar pn bila tertido...tau2 dah siang....huhuhuh

Blog Widget by LinkWithin