MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

.p.e.n.s.i.l.

baru harini sy berpeluang nk bercerita ttg sebuah filem yg amat menyentuh hati..PENSIL..


pada mulanya, sy menganggap filem ini adalah cerita kelakar, maklumlah baru sekali terjeling trailer PENSIL kt tv..tgk pun acuh x acuh je..tp bila berpeluang menyaksikan film2 free sempena ffm, sy agak bertekad la nk tgk film ni..langsung tidak mengecewakan!


lakonan mantap M. Subash yang juga pengarah kepada filem ini mmg benar2 mberikan kesan mendalam terhadap penonton..airmata sy kuar bergelen2! hish..sian huney sy yang x baper bole tgk citer berat2 camnih..sy tunggu je beliau ajak keluar panggung tp i guess beliau kesian sama saye la kot..hukhuk..sambil dok mengelap2 airmata, saye nganga jugak la tgk citer yang besh ni..
tempoh tayangan 110 menet..yakni 1 jam 50 menet..puas hati! mengisarkan kehidupan Badrul (lakonan M Subash sendirik) yang cacat namun amat menyayangi ibu tirinya..beliau bertungkus lumus mencari rezeki utk menyara hidupnya dan ibu tiri beliau yang busuk tu..sy mengaku, lakonan maimon dan khatijah tan benar2 berkesan hingga sy terasa mcm nk tarik2 rambut mereka..dan sesah mereka dgn kayu api..layanan mereka terhadap badrul mmg busuk..tp badrul bertuah, sbb ada seorang pompuan tua (lakonan mak mah) yang menjaga badrul seperti cucunya sendiri..

ni antara babak yg byk mengabehkan airmata sy..sgt menyentuh hati melihat bagaimana badrul menggembirakan nenek..impian nenek utk menari di pentas yang yang cantik, dgn iringan muzik akhirnya tercapai..terfikir dek akal, kalau badrul yang cacat tu berusaha utk menggembirakan org lain, mengapa tidak kita??

kenapa tajuknya pensil?? haaa, pensil ni adalah benda kegemaran badrul..dia dikurniakan bakat melukis..dgn hanya berbekalkan pensil dan duit poket pemberian nenek, dia akhirnya berhijrah ke kl..itu pun selepas puas dihalau oleh ibu tirinya (ni pun mengabehkan airmata sy jugak)..

secara peribadi, saya memuji filem arahan M. Subash ini..dah nama pun peribadi kan..bg sy, filem yang benar2 dpt menyerapkan emosi dan memberikan kesan kepada penonton adalah filem yang berjaya..maka sy bertepuk tgn atas kejayaan M Subash yang berjaya mengeluarkan airmata sy bergelen2..dan membuatkan sy lebih mensyukuri hidup yang baik ini..saya sarankan anda menonton filem ini..smuga filem ini berjaya mendapat anugerah dalam festival filem di india pulak!


gravatar

hmm..cte ni me tau pun mase perfrom FFM rtu..time tu la baru sedar kewujudannye..klu tau best cam yg ko cte ni..mmg aku crk2 cte ni.so..pasni aku akan crk cte ni!thx 2 u!hehee

Blog Widget by LinkWithin