MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

kerja?

WORKING = TIRING! ok, aku meroyan. tapi betollah, bila kerja ni mmg rasa letih sgt. otak ligat je dari pagi sampai petang siap bawak ke malam. memang itulah hakikatnya bile bekerja. akan ada masa seronok, akan ada masa malas, ada masa tertekan sangat2, ada masa rasa down. kena marah dengan bos lagi. memang macam-macam. tapi bergantung kepada kita untuk mengawal emosi dan menguruskan kerjaya kan?

bila dah kerja, balik rumah je dah penat. sampai nk dekat pukul 7, atau malam. pukul 10pm, mata dah mula layu. kena cepat-cepat iron baju dan tudung supaya esoknya tidak terkocoh-kocoh siapkan baju utk dipakai. itu kalau kita hanya kisah pasal kita. kalau kita berkeluarga? (bg perempuan) nak kena uruskan makan minum keluarga, lipat baju segala. haih, respek la kt parents yg bekerja.

aku? bukan mengeluh. aku masih dalam fasa menyesuaikan diri dgn alam pekerjaan. baru sebulan bekerja, aku rasa mcm letih sangat hari-hari. tapi seronok jugak rasanya sbb hari2 aku kan menghadapi cabaran. cabaran kerja. semoga aku akan cepat sesuaikan diri dgn environment kerja. semoga aku diberi kesabaran dan kematangan untuk terus bekerja dengan lebih bersemangat.

btw, aku suka kerja aku :)


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin