MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

jawapan KIV dari zaman sekolah dulu.

Dari dulu aku selalu berfikir. apa yang aku nak jadi? apa yang aku nak capai? cita-cita aku dulu nak jadi surirumah. haha. kelakarkan? entah macam mana aku lancar je cakap surirumah bila parents aku tanya. well, ini masa kecik-kecik dululah. sekarang? macam-macam aku nak jadi. dan taklah memalukan sangat cita-cita aku ni. errr, aku rasa begitulah.

dulu tak pernah terlintas aku akan ambil jurusan komunikasi. nak lebih spesifik lagi komunikasi korporat. serious dulu aku tak pernah tahu akan kewujudan jurusan semacam ini. masa mula-mula dapat tahu pun aku rasa macam..emmm comel..unik! tak sangka, memang betul-betul comel. comel sgt! aku sudah pun jatuh cinta dengan komunikasi korporat. aku suka pergi kelas, aku suka buat assignment, aku suka presentation dan segala macam event atau pprojek yg kami kena buat.

sampai satu tahap, akhirnya, aku dah bulatkan hati nk terus kekal dalam bidang ni, menuntut ilmu ke tahap tertinggi dan sebarkan semula semua ilmu yang aku ada. aku akan masuk industri dulu cari pengalaman lepas itu barulah yakin nak kejar cita-cita aku.

aku nak jadi pensyarah. nak belajar sampai PhD. itu cita-cita aku.


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin