MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

tamat~

"hmmm..how should i start ya.."

itulah ayat pertama yg keluar dari mulut setelah faris the presiden menyerahkan majlis kepade saye..betul..mase tu mmg xtau macamane nk mulakan..tapi me tetap senyum, apatah lagi bila sahabat2 astena menyahut ayat tersebut dgn keriuhan gelak tawa dan tepukan yang agak gemuruh, sepadan dgn kehadiran hampir 20 ahli majlis tertinggi..mereka bertepuk kerana semalam merupakan kali pertama me berucap sebagai timbalan presiden 1, selepas AGM yang lalu..me telan air liur..berat sungguh rasa hati nih..

utk menelan segala kepiluan dan kesedihan yg telah lama me rase, maka me buat keputusan utk meneruskan pengumuman tersebut dalam keadaan santai, ceria dan kelakar..dan seperti yang dijangka, semua terkejut dgn pengumuman tersebut kecuali faris dan man yang telah diberitahu lebih awal..

sesungguhnya, ketawa me pada malam itu adalah ikhlas..bukan dibuat2..namun mata yang separuh sepet ni (xsepet sgt) sempat mengintai beberapa wajah yang xdpt menyembunyikan kesedihan..sahabat, sedihnye nk tinggalkan korang.. (T_T) .. paan yang menjadi artis porno (cita2 beliau dan hampir berjaya direalisasikan) memandang dgn mata yang berkaca..siap nyanyi lagu sedih..saje je paan ni!

SELAMAT TINGGAL ASTENA

setelah hampir 2 tahun berbumbung di bawah persatuan yg agak gergasi di uniten itu, tiba masa utk me meninggalkan astena dgn hati yang amat berat..dari sem 1 me di uniten, sama2 kita memperkaya dan menerapkan nilai seni di unitan semampu jasad, seteguh jiwa..terlalu byk aktiviti yang telah kita lakukan, semuanya manis dan bermanfaat..kite bergumbira tanpa halangan, dan semakin lama, meneguhkan tali silaturrahim atr kita..kepada blog2 yg ader buat posting "tribute to mastot", me ucapkan jutaan terime kasey..me dah bace semuanya..

kali ini, mmg kompem me x akan bersama korg lagi dalam meeting2 seterusnya, mahupun aktiviti rasmi (kecuali jika penyeludupan pelajar berlaku..hehe)..harap korg lebih berdikari dan mampu merancang program2 gergasi..dunia teater, selamat tinggal..tp me ttp akn g menjenguk sekali sekala..nak buat camno, mmg me ni raser happy sgt dpt belakon atas pentas tu..puas dpt menyampaikan cerita dgn cara yang tersendiri..3 teater di uniten, dgn waktu pementasan yang semuanya melebihi sejam setengah..tiada lagi selepas ini..buat bandmates, harap2 korg dpt carik substitute dan ajar beliau lebih kurang 30 buah lagu yang kita dah pernah main..sure rindu nk jamming dah lepas ni! battle of the bands pun sempat masuk 2 kali je..hukhuk..

bergelen2 airmata yang tumpah sepanjang perjalanan pulang..nak call encik huney, batt habis pulak..ditambah pulak dgn keadaan komunikasi yg x best lepas sampai rumah, me simpan je rase sedey tuh..mase tidur pun mata x kering lagi..hmmm..malas nak igt balik..belum hilang lagik pedih kt hati hampir tepu nih..

rumusnye, selamat tinggak anak seni tenaga nasional (astena)..semuga seni terus dimartabatkan..happy2 taw!

gravatar

Kite kenal dia dekat Astena.
Masa tu perempuan yang join teater.
Kite,Mas,Kak Jehan.
Sekarang semuanya dah tak de.

Time kasih sebab memberi kenangan
bersama kite
di Astena dulu.

Blog Widget by LinkWithin