sebagai seorang kekasih
saya tidaklah secantik manasaya tidak mempunyai potongan 36-24-36raut wajah tidak seperti aishwarya raikulit tangan mungkin halus sedikit daripada kulit buayatinggi juga sekadar cukup untuk menunggang motosikal
sebagai seorang kekasih
kadang kala saya ada taufan sendirisekali dalam sebulan saya kerap masam mencukabila makan acapkali ada nasi tumpah di tepi pingganbila ketawa boleh sampai terduduk mengalahkan jantanbila membeli belah kerap saya terlalu laju berjalan terkedepan
sebagai seorang kekasih
saya mungkin terlalu mengongkongpesanan ringkas pula sekerap seminit sekaliada juga saat menyarung sekadar t-shirt ketika berjumpamasakan pun selalunya terlebih masinada hati pula mahu meminta dipuji seadanya
sebagai seorang kekasih
saya tidak pernah terlupa segala kelemahan yang saya adasaya cuma mahu dibetulkan apa yang ternampakhati saya percaya awak adalah kesempurnaan sayaawak juga tidak sempurna tanpa sayamungkin cara kita berbeza tapi hati kita sama
sebagai seorang kekasih
saya cuma mahu berikan yang terbaikboleh awak berikan yang terbaik untuk saya?
sebagai seorang kekasih
~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~
Post a Comment