pengalamanku ~ lampiran 1
bismillahirrahmanirrahim..
setelah hilang penat lelah sepanjang minggu lalu, me kembali dgn post yang baru..kali ini berlainan, kerana apa yg me ingin kongsikan adalah mengenai adat kepercayaan yang berbeza..utk sama2 kita tambahkan pengetahuan, dan membezakan antara apa yg dibenarkan dan apa dilarang..pengalaman yang dilalui ni terasa begitu berharga..ceritanya begini..
khamis lalu, (5 sept)..diberitakan my chinese grandma (popo) meninggal..sakit tua..she had been warded for about 10 days..usia mendiang ketika meninggal dalam 81 tahun..(ni bukan popo yg dok same ngn me kt umah bangi..ni popo yg dok kt cameron highlands..)..ahli keluarga mendiang berpakat la ambik pakej kematian bernilai lebih kurang rm20k..baru la me taw, harga pakej kematian ni sesangat la mahal..adeh!! pakej tersebut meliputi upacara selama 3 hari..termasuk makan dan minum..keranda, pengangkutan, peralatan, pendek kata lengkap lah! upacara bermula dari hari jumaat..tp me x sempat balik cameron sbb ada kelas..maka, me tiba di cameron pada hari sabtu..
me smpai pada hari sabtu ptg..ketibaan me disambut mesra oleh sedara mara sebelah cina..mereka kelihatan duduk mengelilingi pasu sambil membakar sesuatu..nampak mcm kertas.. "apa tu ma?" tanya me kepada mak yg dah ada di sana semenjak hari khamis lagi..kata ma, diorg tgh bakar duit kertas..mengikut kepercayaan mereka, duit2 itu akan digunakan oleh mendiang di alam selepas mati..me jenguk kepala..emm, ada duit kertas yg menyerupai duit monopoli..5million setiap helai..ader beribu2 helai utk dibakar..wah! kaya lah popo nnt! ada juga kertas perak dan emas turut dibakar..kononnya, mewakili jongkong emas dan perak..unik kan? tp kami tidak turut membakar..kami hanya melihat..kata mak.. "kita x boleh buat semua yg diorg buat..apa yang mengikut adat, yang tidak menyimpang boleh lah..tp melibatkan agama diorg..kita dilarang mengikut" ..setelah lebih 25 tahun ma memeluk agama Islam, me tau, ma tak pernah campur aduk kan agama dgn kepercayaan..

me melangkah masuk ke dalam rumah..wow!! ada replika rumah 3 tingkat tersergam indah! semuanya diperbuat daripada kertas dan kotak..dekat bumbung, siap ditampal kertas berbentuk bulat..piring astro rupanya! bahagian pagar, ada pak guard seorang..me jenguk lagi dalam replika rumah yg tingginya dalam 2.5 meter..ada aircond kertas..set hi-fi..ada tv, radio, org gaji 2 org, almari bertingkat..mcm2 lagi la..semuanya utk dibakar..utk kegunaan mendiang..terus me keluarkan camera..

di luar rumah pulak, ada replika kereta mercedes..warna biru..siap ada driver di tpt duduk hadapan..mendiang nmpaknya akan hidup mewah di alam yg lagi satu..me cuma tersenyum..uniknya kepercayaan mereka..walaupun darah mereka mengalir dalam badan me, me tetap ingat agama me..semuanya me ambil buat menambah pengetahuan, bukan utk ikutan..
me jenguk keranda..dari luar penutup kaca itu, me nmpak wajah mendiang..sebak rasanya..tenang sungguh wajah mendiang..di bawah bibirnya dilekatkan sebiji mutiara..utk apa, me x sempat tanya..tp me pasti ada maknanya yg tersendiri..
pukul 5pm, bermulanya upacara mereka..walaupun puasa, me x terasa lapar dan dahaga..kerana me terlalu ingin tahu..apa yg akan mereka lakukan selepas ini?? pukul 5, mereka berkumpul di bwh khemah di luar rumah..keranda juga di luar rumah..kata uncle, mendiang meninggal di hospital (luar rumah)..maka upacara haruslah dilakukan di luar rumah..me mengangguk faham..org yg bertanggungjawab mengendalikan majlis mula menjalankan tugas..mereka akan bersembahyang sehingga jam 2am..selang beberapa minit, mereka akan berhenti makan..sambil memegang colok, mereka berdoa cara mereka..kedengaran seperti lagu..dgn alat seperti tudung periuk yg dilaga-lagakan, mereka kelihatan khusyuk..me dan keluarga hanya memerhati dari dalam rumah..ma kelihatan tenang..walaupun ma x dpt menyertai adik beradiknya di luar, ma tidak kelihatan terkilan..
hampir waktu berbuka puasa..hari masih hujan..kami tiada pilihan melainkan berbuka puasa di situ..mujurlah makanan yg disediakan pleh pakej terebut adalah makanan vegetarian..maka me x terasa was2 dan kami makan dgn tenang..alatan memasak makanan vegetarian juga tidak boleh terkena daging..bertambah lega la me mendengarnya..sedap jugak..rasa macam ayam dan daging..tp semuanya dari bahan sayuran..selepas berbuka, kami menyelit keluar dari situ dan menyempurnakan apa yg perlu..
setelah selesai sembahyang mereka yg pjg, bermula upacara bakar membakar..rumah, kereta, wang, doa dan sebagainya dibakar semuanya..utk dihantar ke alam lain..mak ckp, semasa upacara ini, ahli keluarga hendaklah mengelilingi tpt membakar, supaya hantu jahat x dpt mencuri apa yg telah dibakar..me senyum lagi..unik!!
selesai segalanya utk malam itu..utk hari esok..sambungannya selepas ini!
eventho jiran semua chinese mase kat seri kembangan dulu... selalu jugak tengok diorg punye upacara... tak pernah pulak dpt explanation yg pjg lebar mcm ni.
best! :-D
Jeleshnye....wish i could have been there...mesti seronok dpt gk different culture...u should b thankful for the opportunity..
waa..bestnye dpt live experience! i dpt secondary experience dr u pon kira oki lah..heee
hermm..mmg unik dan sebak pengalaman ko ni..
Post a Comment