MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

RIP rocky. we love u!

salam. fuh, lama tak berblog. terasa bagaikan hilang semangat seketika. apa pun, jomlah mengadap entry2 basi dari saya ye. huhuh

28 feb lalu, roki tersayang dah pun meninggalkan kami semua. aku yang mula-mula perasan roki dah tenat. masa tu baru balik dari bazaar. adik pula sedang online di tingkat atas. ma dan ayah sibuk menjaga cucu di rumah along. hmm, nasib baik aku perasaan keadaan roki..kalau tak, kesian dia mati keseorangan..aku memang begitu. bila balik dari rumah, mesti cari roki dulu :(

melihat keadaan dia, aku telefon ma dan ayah. ma dan ayah bergegas balik rumah. aku memang dapat merasakan, roki bakal meninggalkan kami dan dunia ini. aku dan adik bergilir2 baring di sebelah roki. usap2 kepala dia. usap2 badan dia. tak ketinggalan ambil gambar dgn dia. kenangan terakhir kan..


..roki masih dalam keadaan tenat. matanya dah tidak boleh ditutup. nafas pendek-pendek, laju-laju..

dalam masa yang sama, aku turut menelefon enche shimi. fuh, dia punya menangis lagi sakan dari aku..kami sama2 kesedihan. enche shimi x larat nk dtg rumah..aku pun faham, dia penat..masa tu pun dah tengah malam..

..memang aku tak pernah puas menatap wajah roki..masa ni aku ambil peluang untuk menatap dia lama-lama. ma dan ayah masih dalam perjalanan. nanti kena bagi peluang kt ma pulak..

bila ma dan ayah sampai. kami berempat duduk mengelilingi roki. teman dia..urut2 dia. nampaklah yang dia sedang sakit. teruk juga sakit dia :(. kami semua teman dia sampailah ke nafas yang terakhir :'((

kami kebumikan roki keesokan harinya. sempat jugak enche shimi datang lepas habis kerja dan tgk roki buat kali terakhir..haih, 2 hari jugaklah fikiran aku tak menentu..sedih..makan pun sedih..buat kerja lagilah sedih..sbb selalunya roki akan kacau dan baring atas buku2 aku kan..ma lagi la..3 hari kot menangis je keje..memang pemergian roki ni betul2 meninggalkan kesan..

tamatlah kini keturunan romeo dan juliet, sepasang kucing parsi yang dibeli lebih 20 tahun dulu. roki tu waris diorang yang terakhir. lepas ni?? aku pun tak pasti ma sanggup nk bela kucing lagi ke tak..

Roki sayang..macam mana kt 'atas' tu? seronok kan jumpa semua ahli keluarga yang lain? jaga diri ye sayang..selalu melawat kami dalam mimpi ye..we love u and miss u very much. all the time..

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin