MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

sebuah kotak sakti

dari tadi enche shimi menjeling tajam kepadaku. takut benar jika aku menghampiri suatu objek yang menjadi perhatian beliau sejak tiba di rumahku.



kotak itu. itu adalah kotak sakti yang mengandungi skrip peperiksaan yang perlu disemak oleh ayah. mengapa kotak itu begitu berharga? aku pasti, ade sesuatu yang lebih berharga daripada skrip-skrip jawapan tersebut.

langkahku laju berlari ke pintu. aku ingin memperdaya enche shimi, mengalih perhatiannya. ahhh, tidak berjaya. beliau awal-awal lagi telah mengawalku supaya aku hanya berdiri di pintu. bermakna aku tidak boleh masuk ke dalam rumah dan mendekati kotak itu.

sepuluh minit kami berlari-larian. aku cuba mahu membuka kotak itu namun enche shimi acapkali menarikku, membuatkan aku terlantun jauh dari kotak itu.

wahai kotak sakti, apakah isi di dalammu sehingga enche shimi bagaikan dirasuk semangat penunggu dan mengawalmu dengan rapi??

|
|
|
|
|
|




cis bedebah!!

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin