MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

sebagai seorang kekasih

sebagai seorang kekasih

saya tidaklah secantik mana
saya tidak mempunyai potongan 36-24-36
raut wajah tidak seperti aishwarya rai
kulit tangan mungkin halus sedikit daripada kulit buaya
tinggi juga sekadar cukup untuk menunggang motosikal

sebagai seorang kekasih

kadang kala saya ada taufan sendiri
sekali dalam sebulan saya kerap masam mencuka
bila makan acapkali ada nasi tumpah di tepi pinggan
bila ketawa boleh sampai terduduk mengalahkan jantan
bila membeli belah kerap saya terlalu laju berjalan terkedepan

sebagai seorang kekasih

saya mungkin terlalu mengongkong
pesanan ringkas pula sekerap seminit sekali
ada juga saat menyarung sekadar t-shirt ketika berjumpa
masakan pun selalunya terlebih masin
ada hati pula mahu meminta dipuji seadanya

sebagai seorang kekasih

saya tidak pernah terlupa segala kelemahan yang saya ada
saya cuma mahu dibetulkan apa yang ternampak
hati saya percaya awak adalah kesempurnaan saya
awak juga tidak sempurna tanpa saya
mungkin cara kita berbeza tapi hati kita sama

sebagai seorang kekasih

saya cuma mahu berikan yang terbaik
boleh awak berikan yang terbaik untuk saya?

sebagai seorang kekasih


~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin