MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

abstrak. tidak jelas.

pernah x kau pikir nk keluarkan otak, kasi clorox sket..buang segala ingatan yg kau tak mahu ingat? oh, aku selalu pikir mcm tu oh! just pikir la, xde la berhajat nk hilang ingatan kannnn..melampau ok!

yelah, sepanjang kau hidup mesti ada pahit manis. saat kau dibuli contohnya, saat kau kena maki contohnya, saat kau berkenalan dengan manusia2 pervert, tarikh2 yg kau tak mahu ingat seperti tarikh kau diculik contohnya..tu contoh je tau! pernah x kau cuba nk padam ingatan yang macam tu? 

bila kau termenung sendiri, pernah tak kau congak kisah hidup kau. mungkin kau x sepatutnya bertindak macam ni, sbb akhirnya nnt akan jadi macam ni..atau, kenapa kau bodoh x lakukan itu, kerana akhirnya kau akan end up dgn perkara itu. lepas dah lalui semua baru kau nampak rangka hidup kau itu bagaimana rupanya. adakah selepas itu kau menyesal, atau kau happy dengan semuanya?

ada tak kau marah dengan diri sendiri sebab kau melepaskan peluang yg ada di depan mata lalu membuat keputusan silap yang memakan diri kau sendiri? kau rasa janggal tak bila kau hancurkan harapan orang lain lalu kau menjadi sarap dan menyusahkan org lain? pernah x kau cuba bangkit dari kegagalan tapi otak kau sentiasa berkata kau takkan ada sinar harapan dan langsung takkan berjaya? 

kalau kau sambung menung kau, ada tak kau imbas saat kau menjadi seorang yang jahat, sesuka hati membuat keputusan tanpa menghiraukan orang lain? mungkin tak ada suatu ketika kau macam setan sangat ingat semua orang akan ada untuk kau, tapi hakikatnya kau dibenci sebab perangai kau? ada?

hahaha. sebab tu la aku susah nak tidur malam. antara sebabnyalah..sebelum tidur tu, confirm otak aku akan menerawang gilaaaaaaaaa jauh. setiap malam aku seperti melihat rangka kehidupan aku yang berubah-ubah setiap hari. yelah, setiap hari akan ada benda baru yang jadi, keputusan baru yg aku buat, lain dialog, lain watak dan sebagainya. memanglah kan. lepas tu aku akan berpusing-pusing badan pulak sambil memikirkan betapa aku bersyukur kerana telah menempuhi pelbagai dugaan yang buatkan aku rasa aku mampu bangkit bila aku jatuh. lepas dah fikir yang negatif, kena fikir yang positif pulak kan.

baiklah mungkin aku perlu cuba tidur. atau mungkin berfikir tentang sesuatu yang baru.

dan inilah antara jawapannya untuk frasa "memaafkan itu mudah, melupakan itu payah"

p/s: yes, ogos adalah bulannya. kalau by ogos kau tgk aku dah delete kau dari jadi friend di facebook. itu tandanya aku betul2 mahu lupakan kau, atau tidak mahu ambil tahu. lelaki lelaki dan perempuan perempuan.

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

Blog Widget by LinkWithin