MARI MENGIKUT

Me and you :)

gravatar

surat.

daripada : mastura

kepada : en. shimi

per : melawat sunway pyramid dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

merujuk perkara di atas, saya dengan ini memohon untuk sekali lagi melawat sunway pyramid dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama saudara. 

sejak akhir-akhir ini saya merasa tertekan akibat jadual hidup yang padat dengan kerja dan tanggungjawab. saya merasakan perlu untuk saya melepaskan diri dari semua ini untuk seketika dengan melakukan aktiviti seperti yang telah saya nyatakan. selain itu, saya perlu meneruskan hobi jalan-jalan saya supaya minat saya terhadap aktiviti tersebut tidak pudar begitu sahaja.

aktiviti teratas dalam senarai adalah seperti yang disebutkan namun saya amat berterima kasih jika saudara dapat meluluskan pelbagai aktiviti lain seperti :

a) memberi makan ikan keli di mines

b) berkelah di sungai 

c) membeli-belah di jalan tar 

d) bermain layang-layang

e) makan chicken cornish di secret recepi

f) berenang bersama di kolam renang uniten

g) makan durian

h) membeli-belah di mana-mana uptown

i) makan burger di dalam kereta

j) menonton dvd cerita hantu bersama-sama

aktiviti-aktiviti di atas telah dikenalpasti sebagai aktiviti yang dapat meredakan tekanan perasaan disamping dapat membuatkan saya tersenyum kegembiraan. 

saya berharap agar saudara dapat mempertimbangkan permohonan saya. saya sertakan beberapa gambar untuk saudara mengimbas kembali perasaan gembira pada waktu tersebut. segala tindakan saudara saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

sekian, terima kasih.






yang benar,

~The good life is inspired by love and guided by knowledge.~

gravatar

hooohhoohoho...boleh boleh...tp bila?saudari amat sibuk dgn bazar dan pebagai....sila sertakan juga tentatif tarikh2 agar aktiviti dapat dipertimbangkan.

gravatar

Hahahahaaa.. Mas... Mas... (sambil geleng kepala sampai pening...)

Blog Widget by LinkWithin